Friday, May 14, 2010

Bila xx + xy [epi 13]

cinema

Sebulan telah berlalu, Ariena, Irfan dan Ammar sudah dua minggu kembali dari bercuti di Bali. Sepanjang itu juga, persahabatan Yusri dan Sofiya juga semakin akrab. Mereka sering menonton wayang bersama serta melakukan pelbagai aktiviti bersama. Kebetulan kedua-duanya minat dengan sukan ‘paintball’.

phone 

Lain pula ceritanya dengan Irfan dan Ariena. Mereka tidak dapat keluar bersama selalu kerana Irfan tinggal di Kuala Lumpur dan Ariena tinggal di Johor Bharu. Jarak mereka telah mengehadkan mereka untuk sering berjumpa. Namun itu bukan menjadi satu masalah besar bagi mereka. Lagipun, mereka baru sahaja kembali dari bercuti. Sepanjang mereka berada di Bali, mereka banyak menghabiskan waktu bersama. Mereka juga mengambil kesempatan bertemu rakan-rakan yang menyambung pelajaran di sana. Bagi mereka ini adalah peluang yang jarang dapat mereka dapat. Sesekali dapat merantau ke negara orang dan bercuti sambil melawat sahabat handai di sana adalah sesuatu yang amat bermakna. Bali tempat yang sesuai untuk bercuti dan menenangkan otak. Banyak juga gambar-gambar yang mereka ambil. makanya lebihan cuti ini mereka lebih banyak berhubung melalui telefon.

taking pic 

Sebenarnya, percutian ini bukan percutian kosong semata-mata. Di sanalah Ammar mengekspresikan hobinya dalam fotografi. Ini merupakan pilot projeknya persendiriannya. Ammar gemar akan fotografi dan cuti-cuti beginilah dia akan merantau serata tempat untuk mengambil gambar. Sebelum ini dia telah bercuti ke Tanzania, Africa bersama keluarganya. Selain itu, dia juga pernah berkunjung ke Italy, Greek dan New Zealand. Semenjak sekolah rendah lagi Ammar sudah berminat dengan fotografi. Ammar kini sedang sibuk untuk menyiapkan journal percutiannya.

chit chat

Ariena pula sibuk menolong ibunya, Hajjah Aishah untuk membuat kek di dapur,

Hjh Aishah: Timbangkan tepung tu ½ kilo kakak.

Ariena: Mana tepungnya ma? Oh ada dah. ½ kilo ye ma? Siap. Hehe

Hjh Aishah: Gembira betul kakak ye semenjak balik cuti. Tak mahu share ke dengan mama.

Ariena: Alah ma ni, nak share ape lagi ma. Semua kakak dah story dekat mama kan.

Hjh Aishah: Bukan apa, mama tengok banyak juga gambar kakak dengan budak Irfan tu. Mama tak kisah, kakak tu dah besar nak fikir. Cuma jangan abaikan pelajaran sudahlah ye. Jaga jugak adab jangan sampai malukan keluarga. Tu je pesan mama.

Ariena: hmm.. jauh fikir mama ni. Ya ma, kakak ingat pesan mama. Memang kami kawan rapat sekarang ma. Entahlah ma, ada jodoh ada la. Cumakan ma, dia muda pada kakak 2 tahun.

Hjh Aishah: kamu biar betul. Mama tak kisah. Cuma banyak rintangannya nanti. Kena pandai-pandailah. Ingat pesan mama tadi. Ape pun kakak, jodoh dekat tangan tuhan. Jangan terlalu taksub sangat bercinta sampai akidah habis terpesong.

Ariena: Ye ma. Nah tepungnya. Pasal hal itu ma, ma jangan risau. Kakak pun nak fokus belajar juga. Itu yang paling utama.

Hjh Aishah: baguslah kalau macam tu. Sejuk hati mama dengar.

Bagi Hajah Aishah, dia bersyukur anaknya sudah semakin ceria. Semenjak kematian arwah Hariz dua tahun lepas Ariena sudah tidak ceria seperti biasa. Hajah Aishah kenal dengan arwah Hariz, arwah merupakan anak sepupunya. Pada awalnya, Hajah Aishah tidak berkenan, namun kerana mereka berdua pandai menjaga adab sopan dan tatasusila serta sering menggunakan masa untuk mengulangkaji bersama akhirnya dia merestui. Kedua belah keluarga juga sudah mengikat janji jika ada jodoh mereka. InsyaAllah mereka akan di satukan. Namun, bukan jodoh mereka apabila tuhan lebih menyayangi Hariz.

Kini, selepas dua tahun akhirnya Ariena membuka hantinya semula. Dia bahagia dengan Irfan. Namun, dia tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan pelajar. Ariena ingin menggapai cita-citanya. Lebih tepat cita-cita dia dan arwah Hariz. Setiap hari Ariena berdoa agar Irfanlah jodohnya. Dia tidak tahu sama ada dia mampu untuk berhadapan dengan kehilangan untuk kali kedua.

Di Kuala Lumpur;

TENET TENET TENET

Yus =)

Hye. Sofiya you siap-siaplah. I nak gerak dah ni.

Sofiya(UKMB)

OK

PIN PIN

Sofiya membuka pintu kereta. Lalu meminta maaf kerana terlambat kerana mencari kasut.

Yusri: i tak tau lah nak beli apa pegi ni. Aduii. Tak reti nak agak.

Sofiya: takpelah i kan dah janji nak tolong u. Ni dah siap dah list. Hehhe.

Yusri: You tahu ke keperluan lelaki. You jangan siapkan list untuk things needed untuk girls sudah.

Sofiya: eh ape salahnya. Bila lagi u nak tunjuk your soft side.

Yusri: sofiya, u jangan start. Hahahha.pandai la u nak ngusik i. I lelaki sejati k.

SOfiya: hahaha i tau.

Yusri: so nak ke mana now?

Sofiya: kita gi OU la. Find your sweater or jumper. Nanti sana sejuk kan. For food, kita shopping bila u dekat nak pegi la.

Yusri: nanti sure i rindu Malaysia.

Sofiya: alah ngada. Hahahha

Yusri: U lagi i rindu la. Hahahha.

Sofiya: ;p

Selepas dua hari, Ariena sudah mula memulakan pekerjaan sambilan di klinik pakciknya. Walaupun dia masih tidak dapat praktis sebagai doctor, tapi kerjanya untuk mendaftar pesakit yang datang sudah memadai baginya untuk mendapat pengalaman awal untuk masa depannya.

dr 

Di Klinik, tengku Zhariff sedang memerhatikan Ariena yang sedang khusyuk membaca sesuatu;

Tg Zhariff: Eh awak tak pegi lunch ke?

Ariena: oh doctor zhariff rupanya, terkejut saya. Belum lagi doctor. Tengah tunggu uncle. Uncle ajak makan sama.

Tg Zhariff: khusyuk betul awak membaca. Baca surat cinta?

Ariena: eh tak la. Artikel pasal cancer paru-paru.

Tg Zhariff: bagusnya. Takpela saya pergi dulu ye. Belajar rajin-rajin.

Ariena: baiklah doktor.

Tengku zhariff merupakan seorang doktor . Dia sering ke klinik itu untuk berjumpa doktor hasyim iaitu pakcik ariena. Tengku zhariff sudah tiga tahun menjadi doktor. Tidak lama lagi tengku zhariff akan menjadi doktor tambahan di klinik itu. Jika prestasinya baik kemungkinan besar untuk dia bekerja dengan doktor hasyim secara tetap adalah cerah. Ariena juga banyak meminta nasihat dari Tg zhariff tentang pelajarannya. Ariena ingin menjadi seorang doktor yang Berjaya.

Wednesday, May 12, 2010

mendebarkan…

results 

Lately, makin susah nak online..

online2 je tadi jumpe mende ni..

haih..cuak gile..

and lately, seriusly..

im not in da mood to do anything..

entahlah..

it seems like..

something is sooo damn wrong..

something is missing.. but i dunno what..

tired betul la~

p/s: i did something damn stupid today.. regretting it but cant fix what had happen..

terima je la padahnya~

Saturday, May 8, 2010

bila xx + xy [epi 12 ]

Cuti semester sudah pun menjelang, ramai pelajar-pelajar UKMB  sudah dua tiga hari meninggalkan kampus dan kembali ke kampung halaman masing-masing. Kebanyakan yang masih berada di kampus mempunyai perancangan tersendiri seperti mengikuti kursus, kem dan perancangan untuk melancong bersama rakan-rakan sebelum kembali ke rumah masing-masing. Tidak ketinggalan Ariena, Irfan dan Ammar. Mereka sudah pun merancang untuk ke bercuti bersama-sama di Bali.

cuti 

Penginapan, pengankungkutan, makan dan minom di sana telah pun di atur oleh bapa Ammar. Bapa ammar merupakan seorang pemegang share saham Hotel Gajjah Mada yang mempunyai rangkaian terbanyak di Indonesia. Ibu ammar pula seorang warga indonesia, manakala bapanya warga Malaysia. Ibu ammar persis Bunga Citra Lestari manakala bapanya persis Asyraf Sinclair. Kecantikan serta ketampanan ibubapanya telah pun turun kepadanya sebagai anak tunggal. Namun ramai tidak tahu akan kehidupan Ammar. Cuma kawan yang rapat tahu perihal keluarganya. Boleh di katakan Ammar lebih lagi low profile berbanding Irfan. Jika dilihat pada mata kasar, Irfan lebih menonjol sedangkan latar belakang keluarga ammar jauh lebih hebat berbanding Irfan. Mungkin kerana itu, Qistina tidak mengejar Ammar kerana baginya Ammar tidak setarafnya yang berkedudukan tinggi, bergaya, anggun dan menawan. Penampilan Ammar sangat simple dan kadang-kala terlalu simple sehingga di mata Qistina Ammar tidak mempunyai style. Ammar pula tidak mempunyai kereta seperti Irfan, cuma scooter buruk yang jarang di pakai. Kehidupannya lebih kepada mengayat perempuan, bola dan game. 

Irfan: lyssa dah bawak semua barang? Ada apa-apa yang tinggal tak?

Ariena: Yup semua dah ada.Baby DSLR  ? Passport? Flight ticket?

Irfan: yup. Its here dear. 

Ariena: Orite. org rasa we good to go kot. Ammar mana?

Irfan: Tu tengah cek enjin.

Ariena: tak pegi tolong?

Irfan: Biarlah dia. I dah cek semalam.

Ariena: Ingatkan dia tu  tahu pasal scooter je.

Irfan: Ammar tu nampak je cam sakai camtu but he knew a lot of things. Jirol banyak belajar dengan dia tau. (sambil mencuit hidung Ariena)

Ariena: ee saket la.

Ammar: Fan, semua ok. boleh r ni pegi. btw ko bawak air extra tak untuk kereta?

Irfan: dah bro. ade dekat belakang. Jom r gerak. Nanti lambat sampai airport. Lagipun aku dah janji dengan Pak Mat pukul 4 petang. Nanti kesian dia tunggu nak ambik kereta.

Ammar: baeklah.sayang betul kau dengan driver ayah kau tu. bagus.

ap

mereka bertiga pun memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur dari UKMB. Pak Mat merupakan driver family Irfan sudah pun di pesan untuk mengambil kereta Irfan di airport.

bali_tanahlot 

Sofiya duduk termenung atas buaian di halaman rumahnya. Dia sudah pulang ke rumahnya lewat petang semalam. Dia merasakan kesunyian tanpa Ariena untuk teman berbicara. Teringin dia mengadu tentang keputusan Yusri yang sangat membuatnya berat hati dan sedih. Bukan dia tidak rela melepaskan Yusri. Tapi jauh disudut hatinya dia merasa sayu. Satu semester bukannya sekejap. Macam-macam boleh berlaku. Haruskah dia menyatakan perasaannya terhadap Yusri? atau haruskah dia berdiam diri dan menyerah pada takdir. Tapi Yusri disambar orang lain? oh tidak dapat dia fikirkan. Mungkinkah benar kata pepatah, belum cuba belum tahu? perkara ini telah berminggu bermain di fikirannya. Tiba-tiba telefonnya berdering…

Yusri: hye!

Sofiya: hye! er.. hye

Yusri: you ni kenapa? macam terkejut je ? i kacauyo u dating ke?

Sofiya: merepek la you ni. I dekat rumah. tengah terfikir..

Yusri: aiii terfikir siapa ni?

Sofiya: hmm..takde apalah. Ada apa?

Yusri: oh, berahsia. erm, saje kol nak tanya you dekat mana?

Sofiya: i dekat rumah dah.

Yusri: oh ye ke. rumah you dekat mana ye?

Sofiya: dekat taman paramount, PJ.

Yusri: owh boleh la if nak hang out dengan you dekat One Utama.

Sofiya: O.U? hang out buat apa?

Yusri: Movie kot. makan. minom.

Sofiya:hmm

Yusri: i bosan la. nak ajak siapa keluar pun i tak tau. selalunya ajak Ariena. Now dia dah bercuti dengan BF dia. malas nak kacau.

Sofiya: oo kirenya i ni pengganti Ariena lah ya?

Yusri: eh takdelah macam tu. erm

Sofiya: hahaa..cuak la you ni. Bila?

Yusri: how about tonight? perhaps we can have dinner then tengok wayang.

Sofiya: Ok set.Jumpa dekat sana pukul berapa?

Yusri: eh malam-malam you nak drive ke? i pick you up la.

Sofiya: you tau ke rumah I?

Yusri: you bagitau la.

Sofiya: i tak reti terangkan la. not good at giving directions. or wanna meet somewhere untuk tea tak?

Yusri: thats a good idea. lagipun i bosan ni. my mom and dad forever at work.

Sofiya: ok. meet you at 4. dekat old town near PJ hill ok?

Yusri: faymous tempat tu. ok2 sure. meet there at 4 ya. thanks miss softlan.

Sofiya: yelah budak bajet.hahha

Yusri: gurau je tau..hahaha.bye c ya~

old town

Tepat pukul 4 petang mereka bertemu di old town cafe. Banyak yang mereka bualkan. dalam pukul 5.30 p.m Yusri follow Sofiya dari belakang untuk singgah di rumah Sofiya ambil notes yang mungkin diperlukannya semasa students exchange di Ireland. Setiap saat mereka lalui bersama telah merapatkan lagi hubungan persahabatan mereka. Yusri sempat bertemu dengan kakak dan adik Sofiya. Mereka minum petang sekali lagi di rumah sofiya sebelum Yusri pulang ke rumahnya. Yusri tidak menyangka bahawa keluarga Sofiya amat simple. Die selesa dengan keluarga Sofiya yang peramah. Adik- adik sofiya petah bercakap dan pandai bergurau seperti kakaknya. Yusri pulang ke rumah dengan merasa tenang dan gembira. sudah lama dia tidak tersenyum senang seperti ini.  

 

 

Thursday, May 6, 2010

perempuan memilih harta benda, kekayaan dan pangkat?

dsrtgr

Semalam aku ada baca satu entri bertajuk ‘perempuan harus akuinya’ yang di post oleh rakan blogger kita, Fazreen.. entri dia menarik perhatian aku dan membuat aku terfikir sejenak sejauh manakah kebenaran itu..

berdasarkan maklumat yang beliau dapat, beliau mengkonklusikan post dengan satu ‘quote’:

blig

“Semua perempuan memandang pada duit walaupun sehebat mana mereka menafikannya”

setelah aku berfikir sejenak, lalu aku pun mengomen dekat post beliau..

sebenarnya dalam kepala aku terfikir macam-macam.. nak luah dekat komen panjang berjela-jela seolah-olah tak praktikal pulak.. hurm..padahal boleh tahan jugak panjang bebelan aku disitu.. lagipun aku bimbang jika fazreen salah erti kalau-kalau aku seperti tidak bersetuju,namun alhamdulillah beliau tak salah erti..hehe.. bukan apa dalam dunia cyber ni, perkataan nak kena jaga kerana takut timbul perselisihan faham dek kerana secebis ayat.. al-maklum, sekadar coretan ayat tanpa intonasi suara risiko salah faham amat tinggi.. makanya beringat sebelum kena..oh bebel perkara lain pula daku.. baiklah stop isu salah faham.. ngeee

aku tidak membidas quote beliau malah tidak menyokong 100%..

 

Pendapat beliau sememangnya benar, tanpa kita sebagai kaum perempuan sendiri sedar, walau betapa hebat kita nafikannya, kita tidak dapat lari bahawa duit penting dalam dunia masa kini. Statement ini bakal mengundang banyak spekulasi dan pendapat tersendiri dari setiap individu  Pasti ada yang kata;

“ wah materialistik betul wanita zaman sekarang”

tak semua wanita macam tu” 

“harta setinggi gunung tapi perangai macam setan tak guna juga”

perempuan ni mata duitan”

ee pisau cukur”

dan pelbagai lagi lah,

semua pendapat ini kita tidak boleh nak kondem atau nafikan..

kerana pendapat dan luahan yang dinyatakan atau disampaikan adalah berdasarkan pengalaman dan individu terbabit. Kita mungkin mempunyai pendapat kita sendiri..

bagi aku pula,

memang benar duit itu penting dan aku bersetuju dengan quote yang fazreen nyatakan. TAPI sejauh mana kepentingan itu dalam pandangan aku mungkin berbeza dengan saudara wanita yang lain..

mungkin ada yang bila tengok statement seperti ini beranggapan semua wanita terlalu mementingkan wang.dan kebiasaanya perkara ini dianggap negatif bagi segelintir individu. malah mungkin majoriti berpendapat seperti itu. Tapi pernahkah anda fikir kenapa ada yang terlalu pentingkan wang? Dinasihatkan janganlah terlalu cepat bertindak atas rasa negatif dalam diri, kajilah mengapa dia terlalu mementingkan dan cuba fahami. Jika mahu lebih faham apa yang aku cuba sampaikan cubalah hayati lagu gerenti beres yang dinyanyikan oleh KRU. tapi lelaki ada if pisau cukur, korang sila la angkat kaki cepat-cepat cabut. Itu yang pandang harta ke arah keburukan..hahahha.. if tak angkat kaki POKAI la korang..ngee~ 

Bagi aku, aku setuju wanita pentingkan wang, namun tahap kepentingan itu berbeza bagi setiap individu wanita. Ada yang sememangnya TERLALU mementingkan wang dan ada juga yang menggangap duit, harta atau pangkat itu cukup sekadar memenuhi syarat.

Dalam agama harta merupakan salah satu kriteria dalam memilih pasangan atau calon isteri atau suami selin daripada 3 kriteria yang lain seperti paras rupa, agama dan keturunan. Di mana pula kriteria cinta atau sayang? fikir-fikirkan (perkara ni, aku masih tengah nak memahami secara mendalam dan mungkin satu hari aku akan ulas dalam satu entri lain).

Pendapat aku, macam ni :

  1. mampu mencuri hati
  2. Perangai dan ikhlas
  3. Rupa
  4. Duit
  5. Keturunan

Bagi aku susah orang nak curi hati, mungkin sebab tu aku rasa tu kriteria utama. If tak pandai ambil hati ,baiklah seperti malaikat macam mana pun, sekaya billgates atau sehensem lee dong wook pun korang tetap bukan istimewa bagi dihati orang tu. Malah ape yang korang buat tu sespecial mana pun bagi perempuan lain, tapi bagi individu tu mungkin rasa meluat atau tiada rasa apa-apa. huhu dasat tak?

Perangai dengan keikhlasan  ni berkait rapat dengan nak curi hati. Paling penting ikhlas la kot. Kalau tak ikhlas tiada lahir rasa tanggungjawab. korang nak ke suami yang tak bertanggungjawab?? uih aku taknak . tak ikhlas cane nak curi hati?? herk

Rupa ni takdelah perlu nak hensem macam lee dong wook, beckham, atau model-model terkenal. Sedap mata memandang sudah. Percaya tak yang ramai perempuan lebih mudah jatuh kepada si pengayat manis?? wah dengan ayat sudah cukup.HEBAT! hahaha.. but laki ade satu trick if nak nampak ada rupa, setting rambut ada style mesti jadi hensem or erti kata lain sedap mata memandang. Nak jadi hensem jaga kebersihan dan kekemasan pun dah memadai kot. yang penting mulut mau manis. eh betul ke? hahahaha..entah depends semua  ni. Manusia rambut sama hitam, hati lain-lain. Mulut manis boleh tapi biar ikhlas jangan manis bawak penyakit je. lalalla~

Duit. ha baru masuk duit. hahaha ade perempuan sanggup suami tak berapa kaya janji hensem, Ada perempuan lebih pada duit. Depends pada individu la, tapi cam bagi aku, kalau nak kawen, mesti budak laki dah fikir kot nak bagi makan anak bini. Takkan nak kawin macam tu je?? walau tak kaya cam Datuk K pun takpa, janji cukup lah nak sara keluarga. lepas pada tu, if nak usaha jadi kaya, lagi manis kot kejayaan tu. Sebab tu bagi pendapat aku duit ni ranking bawah sikit tapi penting untuk berduit. if tak nak bagi aku makan ape weii???  lagi satu kebanyakan if muda-muda dah banyak harta kadang tu bukan atas usaha sendiri. Family punya. tapi if yang muda-muda dah banyak harta di atas usaha halal masing-masing. Aku tabik spring sat! HEBATlah! hehhe.

last keturunan, if boleh biarlah dari keluarga elok-elok. tu je kot..huhu

p/s:

bagi aku yang penting hati dan berjaya curik hati aku, if kaya+hensem mmg bonus la.. ahahhha.. rezeki jangan tolak..muahahahha (>.<)

 

Wednesday, May 5, 2010

formspring.me? salahkah?

FORMSPRINGME

Aku mula-mula nampak application ni masa view profile FB ke mySpace entah yang tuan miliknya adik aku. lama dah mende ni..adalah dalam 4 bulan lepas..ape lagi dengan nakalnya, aku pergi tanya kat situ..

“tikah! kau dah mandi belum? kau mesti busukkan?? merepek2 je mende kau maen”

hahahhahha.. jahat punya kakak.. ok sudah.TAMMAT.. sambung2..

tiba-tiba.. aku lihat baru-baru ni makin ramai pulak dah pakai application ni..

semua duk pakat jemaahlah isi dekat blog, profile FB, MySpace dan segala bagai la..

oh kertinggalan sudah aku, bak kata kawan aku

“apesal kau baru tahu yeh? tah hupdated betul”

FINE! aku lah yang ketinggalan zaman sekali..

actually..

xdelah ketinggalan zaman mana pun ;p

aku sedar mende tu wujud..

cuma aku tak sedar apa yang penting untuk aku guna application tu..

macam twitter, FB, myspace, Tagged dan macam2 la..

aku dah ada akaun twitter dari masa die tak feymes lagi..

tapi bile tiba-tiba feymes..aku cam..oh ada guna jugak twitter ni rupanya.,malah tak ingat pun aku pernah sign up..  tak silap aku aku sign up sebab youthclub tu..hahahahha.. so barulah aku mula update skit2.. tapi still aku suke FB lagi..hua hua hua…

aku ada akaun awal lagi pada korang cuma tak pakai je sbb aku aktif satu je pade satu masa..

for now, aku aktif facebooking je.. hahahha

eh ni cerita ape ni?

ok2 berbalik pada FORMSPRING.ME ni..

aku teringin nak cerita pasal mende ni lepas aku bace kt page dunia sebelah zara ..

gi r ushar blog dia..feymes..gaye penulisan dia..sempoi dan best n berisi la..

kesian dekat dia..

application formspring.me yang dia pakai ni.. membolehkan siapa-siapa untuk bertanya apa-apa sahaja kepada pemilik akaun..

biasalah manusia ni..jenis tak reti duduk diam-diam..panjang je akal dia..

lepas tu salah guna.. application yang suppose dapat mengeratkan silaturrahim..

disalahgunakan sehingga menimbulkan rasa kecil hati dan sebagainya..

ada ke patut tanya perkara-perkarayang tak sepatutnya dengan bahasa yang lansung tidak bersopan..

kot ye pon, boleh tanya apa-apa sahaja..

jagalah adab dan tatasusila..

agak-agakla..haisyh..#$^$%*

if nak pakai application ni, janganlah salah gunakan kemudahan yang ada..

Formspring.me ni banyak kebaikan dia..

mengeratkan tali persahabatan, memudahkan interaksi di dunia cyber, memudahkan sesi kaunseling atau perbincangan, private.. tapi bila salah guna..

tu yang timbul banyak keburukan.. dan nanti application itu yang dipersalahkan..

macam dulu pernah lah ade orang label, budak yang ada myspace budak yang teruk-teruk..myspace ni merosakkan akidah dan sosial..salah myspace ke?salah formspring ke? salah tagged ke?

ada je yang perangai elok, tapi sebab ramai pakai dan kemudian ada yang terlebih ‘cerdik’ sangat gunakan myspace untuk perkara-perkara tak elok, habis semua dilabel teruk..

haih..

ape nak jadi lah manusia sekarang..

semua tak sedar salah tu datang dari diri sendiri, dan mudah sangat untuk melabel sesuatu……

kalau aku gurau dengan adek aku cam kt atas tu lain ceritalah..

ni kita tak kenal siapa orang tu tiba-tiba gurau camtu ..agak-agak patut ke tak patut..

if cth pertanyaan cam aku tanye kat adik aku tu..takdehal lagi la kot, tapi if tanya and cakap mencarut agak-agak..patut ke tak patut..

walaupun perkara ni tak jadi dekat aku (ada akaun tapi tak aktif)..

namun aku rasa geram jugak bila tahu ramai jugaklah yang cakap tak elok dekat formspring ni.. sabar je la..

if nak signup formspring.me and untuk ketinggalan zaman cam aku..

ha click la gambar ni..

formspringme-box

p/s: korang please jangan ikot perangai tak bermoral ni yeh.~

 

menyesal..

halaaaaaaahhh!!!..

sad

“aku menyesal tak update blog lama wuwuwuwuwuuuu (T___T)”

ok dah..nak sambung nanges..

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

nyampahlahhhhh~

Tuesday, May 4, 2010

Bolehkah lelaki dan perempuan berkawan rapat?

Pernah suatu ketika dahulu aku di tanya satu persoalan..

boys and girls

Bolehkah lelaki dan perempuan berkawan rapat untuk selama-lamanya..

Dahulu zaman tok kaduk, jawapan yang ku berikan..

“alah apesal pulak tak boleh, aku ok je kawan ngan si Reez tu sampai sekarang”

reez, maaf terpaksa ku sebut nama di kau wahahha.. yang tak disebut jangan marah or merajuk ha.. pening aku nak pujuk..ekekke..

Untuk pengetahuan semua, ya aku masih berkawan dengan beliau..

masih saling berhubung dari masa ke semasa,

bukan dengan beliau sahaja, ramai lagi sebenarnya..

namun adakah aku rapat seperti suatu ketika dahulu..

warning awal-awal.. ini bukan kisah cinta..

ini kisah persahabatan antara lelaki dengan perempuan, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan..

kawan perempuan ramai sahaja,

terpaksa ku ulang AKU RAMAI LA KAWAN PEREMPUAN!!!

aku harus tekankan..sebab ada yang konon cakap kenal aku sangat2 tapi end up actually he doesnt know anything about me,,muahahha.. WTfish tul..ok2 takmau emo2..ekeke

tapi sedikit je yang betul-betul rapat itu aku tak dapat nafi..

malah nak sebut pon aku mampu, sbbnya mmg sikit je yang aku betul2 rapat..

nanti akan ku beritahu sebabnya di bawah..

Kawan lelaki ramai jugak, tapi ramai jugak yang pernah rapat.. dan ramai jugak yang dah tak rapat.. herk??? kenapa begitu?? haaa! tadaaa.. inilah apa aku cuba sampaikan..

bukan yang tak rapat tu jadi tak rapat sebab bergaduh, bertumbuk atau apa, cumanya.. ia seperti lumrah dan sesuatu yang biasa berlaku dalam sepanjang aku hidup ni..

kalau rapat terlalu lama, lain ceritanya..

apa yang ku coretkan dekat sini just berdasarkan pengalaman..

sharing is caring kan..

so maybe ada yang sepengalaman dengan ku..ngeh3x ;p

KAWAN PEREMPUANKU~

kawan perempuan,

girls

bukan mudah nak cari yang benar-benar boleh ngam..

biasalah charge sama, mestilah berlaku penolakan atau dengan saintifiknya..

REPULSION..eceyh..

namun, rintangan ini dapat di atasi dengan adanya,

persefahaman, kejujuran, kepercayaan, kesama-gilaan,dan yang seangkatan dengannya..

bukan ku anti-bonding atau tidak mahu berkawan, ku berkawan dengan semua, namun sedikit sahaja yang benar-benar tahu siapa aku, ku ulang siapa aku sebenarnya, bagaimana aku, kisah hidup ku, siapa disebalik elyanayazmin-yang-nampak-cool-dan-noproblemo+ nakal ni..

ku kira, kaum lelaki juga sama, hanya satu dalam seratus atau seribu yang benar-benar kau percaya sepenuh hati terhadap kaum sejenis mu.. lagipon dalam kepala korang wahai lelaki, if rapat sangat dengan laki nanti jadi gay..hahahahha.. control macho la korang.. ekekke..

susah nak cari kawan satu kaum yang orang kata memang boleh masuk betul-betul la..

setiap tempat aku pergi (sekolah, matrik,kolej), pasti ada satu group budak perempuan je aku betul-betul rapat..  susah nak cari..tapi bila dah jumpa..mmg jarang n setakat ni tak pernah lah yang orang kata tiba-tiba aku rapat ngan group girls lain.

oh pernah once jadi time muda-muda dulu.. ni kes ada perempuan lain buat sengal pantang aku rapat dengan dak group pompuan ni, dia pergi laga-lagakan.. tapi semua selesai bila akhirnya perbuatan jahat budak tu diketahui..

namun, bila bonding tu terjalin, tidak semudah itu untuk putuskan ikatan persahabatan itu..

dialah kawan baik mu yang kekal melewati batasan waktu dan tempat..

kawan ini yang akan kekal lama bersamamu.. =)

terima kasih kawan-kawan perempuanku, kau tahu siapa kamu dihatiku..cewahhh..hahha

ade sorang kawan aku tu sure nanges bila bace, dia selalu cakap aku tak ambil berat dekat dia.. heee.. tapi dia selalu sbr..sbb dia tahu siapa aku dan bagaimana caraku tunjukkan kasih sayang aku ngeh3x..mekasyehh..sayang sama lu.. jiwangs pulak.. bukan selalu aku nak camni.. payah ooo.. ahahha.. ego2 ;p~

yang tak rapat tu bukan bermakna korang bukan kawan yang baik.. korang baik je.. tapinye aku yakin.. korang pon ada bestfren korang sendiri betul tak..

and if aku cuba masuk la dalam lingkungan kau dan bestfren kau..takkan sama kan.. sbbnye.. mmg feeling dia lain la.. tak sama punya.. betul tak? betul tak? weii betul tak..jawab lahhh..!!

percayalahhh, kasihku lama tersulam..lalalalla~ (sila nyanyi lagu siti)

hahahaahha aku saiko sorang2 dah..ngeh3x~

KAWAN-KAWAN LELAKI-KU

Kawan-kawan lelaki pulak,

20090421_2pm2am04 

aku akui..memang ramai kawan aku lelaki yang aku rapat.. sampai ada salah paham la kan, sampai ada cakap

“kau takde kawan perempuan ke?”

wei bhai, kau ni harap je cakap kenal aku, pirahhh .. kau simpan dalam kocek kau la ape kau cakap soal kau kenal aku dengan mendalam.. kau salah! hehehehhe buwek ;p ulalalalla~ 

tapi takpa mungkin sebab dari pemerhatian mu yang tak seberapa sehingga kau salah tafsir.. lain-lain orang lain cara pentafsiran dalam otaknya.. takpalah..huhu..

aiman tak kesah.. tapi geram skit..eeee

Aku rapat sorang pada satu masa..(tak termasuk BF la if ade BF)

mungkin mudah nak rapat sebab ye lah opposite charge kan..

ATTRACTION FORCES la involve..

oit! ni bukan nak kate ade chemistry.. ni soal

Adu-mengadu, share prob dan segala bagai, study dan apa-apalah yang tiba2 boleyh jadi rapat cam mutual interest ke kan..

kan sudah bilang ini bukan kisah maggy cintan..ekekke

ini satu perhubungan yang suci=persahabatan..

kalau kita ikhlas berkawan pasti kekal kawan tu sampai bila-bila..

tapi rapat tu, sekejap je la..

dah senang attract senang la putus.. biasalah

COMPETITION REBUT CHARGE..

kita mudah tertarik pada CHARGE lebih besar..

siapa kata sains tak boleh apply?

boleh je..hahahha

ikut pengalaman aku, if aku kat satu institusi pengajian, kawan perempuan aku yang betul2 rapat sure kekal lama even untill now and jarang lah berubah2, tapi kawan lelaki yang rapat??? tak kekal rapat.. and asek berubah2 orang yang aku rapat..tapi member je lagi.. cuma tak rapat lah macam pernah rapat..

biasalah tu..

normal la,

if rapat lama-lama sangat lain ceritanya…

if bernasib baik temu jodoh,

if tak naseb baik..

kawan pon tak boleh dah..

ahha!

bila laki dan perempuan rapat.. itu yang jadi isu..

sbb ada makhluk ketiga..

disitu timbul confuse.. disitu timbul emosi tak sepatutnya., disitu hilang rasa hormat dan keikhlasan berkawan..

herm, kebanyakan if  tak rapat dah sebab apa ye?

yang aku tau lah:

  1. pindah sekolah
  2. salah seorang atau kedua-dua jumpa pasangan
  3. dah tiada isu yang sama-sama minat
  4. kapel sebab ikut trend, last fikir best kawan lagi.
  5. rapat dengan orang lain pulak sampai sorang kecik hati and tarik diri.
  6. exam
  7. assignments
  8. selesai masalah yang di adukan
  9. timbul rasa lebih pada kawan
  10. ade kawan lain laga-lagakan

ni tak tipu ni sungguh..

ha.. nak cerita detail rahsia la..wahahahha.. nak tau msg aku kat FB..muahahhaha..

soal isu ade makhluk ketiga ni.. ha ni senang je nak kontrol.. yang penting semasa mula-mula rapat sila define hati masing-masing.. adakah pernah ada rasa suka atau admire? if ade..makanya risiko untuk timbul perasaan tak terkawal amat tinggi..

tapi if timbul pandai-pandai la handle..janganlah sampai tak boleh kawan lansung..

tak besh woo.. heheh~

tapi if dah define awal-awal, yang ikhlas berkawan dan tiada perasaan istimewa.. InsyaAllah tiada apa-apa.. ngeh3x..

basically la, mmg macam tu.. sebab no 1,2,3,6,7,8, ni sebab-sebab yang common dan bukan punca dari aku sorang la.

no 10 special case. sbb ni orang ketiga punya angakara.

no 4 ni sbb same2 mengong..n cam aku kate la..gile2 punye sekepala dah ni.. tapi sekepale part kawan..hahahha

no 5 dan 9.. ni aku yang mulakan..muahahha.. no 9 ni kesah mase aku mula2 tahu ape itu rasa suke bukan kawan.. if tak..aku ni dah same naik je dengan budak laki..wahahha.. dan no 9 ni lah.. sbbnye timbul nama rexienerra..

hahaha no 5 ni selalu je aku yang mulakan.. ngeh3x..mungkin sbb pengalaman dah ajar aku.. laki n perempuan tak boleh rapat lama-lama sgt..kelaut nanti..hahaha.. aku mintak maaf sgt2.. actually aku tak sdr pon… seriusly aku mmg tak sdr ape2.. tibe2 je aku dpt tau ade orang kecik hati ngn aku..bukan aku sengaja.. wuuuuu.. betul la kot ape yang dah due tiga orang komen sal aku..

“kau ni el, if orang taknak kawan ko or kecik hati dengan kau, ko bukan tau pon...kau hidup dalam dunia kau.. n kau cam tak kisah pon.. dah phm sgt dah kau ni”

kalau aku tak tego kau pun sure kau tak sedar pun kan and takkan amek kesah or rasa rugi”

macam mana nak kesah.. sbbnye aku tak sedar..ekeke..bile sedar tu..

tipu gile if aku tak sedih or tersentuh.. ngeng aku pompuan la..tau la nak emo2 gak..ape da..

tapinye setuju la.. aku tak amek pusing sgt pasal hal tu..sbbnye..biasala tu rapat kejap2 if bila libat opposite sex.. bukan masalah besar pon..hahha.. nanti korang rapat lah dengan orang lain.. hehehhe ;p

Lagipun kita masih berkawan jugak..bezanya..kita dah tak rapat..n tak mungkin la akan rapat balik cam mula2 rapat..hehhe

tapinye, if korang nak mintak tlg, nak ngadu..aku ade je boleh luangkan masa..korang je pikir aku dah tak layan..or maybe kecik hati punya pasal..korang pon dah tak ngadu..tapi ape pon..aku no hal beb..aku mana-mana pon boleh..nak ngadu boleh..taknk pon boleh..ki3x..if aku leyh tolong sure aku tolong punya.. senang je konsep aku, if korang ngadu aku tlg, if tak.. aku mmg tak tau.. so tu yang jadi timbul korang rase aku tak amek kesah.. nak tanya pon, selama ni tak pyh tanya pon korang sendiri datang cerita.. tak terlarat la nak tanya korang sorang everyday ok ke tak..ekekke.. ;p

peace (>.<)y..

“once a friend forever a friend, no matter how far or close you are, i will be there in silence to help when you need me ”

                                                              by rexienerra89

pendek cerita:

opposite sex gives a lot more attraction than same sex,

thats is why bonds between opposite sex much more easier to form with a higher rate..

but once attracted, the bond between the same sex will be hard to break compared to the one of opposite sex eventhough itsamount form are little..

hua hua hua hua.. but the most important thing is friendship is something precious. take a good care of it =)

betul ke tak betul ape aku cuba sampaikan ni??

ngahahahhah ;p

p/s: entry ini hanya berdasarkan pengalaman aku, korang tak tau la kan.. just something to share.. =)

 

the never ending story..

life..

it has so much to offer..

every second, every minute and every hour..

Its meaningful..

sometimes, I’m so tired of this life and wish that it will always be a happy one..

but life goes on like a wheel..

sometimes we are on top, sometimes we lie beneath..

but, as time passed by, we rise above of every miseries and sadness and  to find ourselves happy again and shine like a sunshine..

the life that we had, it goes basically the same phases every time..

take time and take a look into your life,

reminisce every second of your life until you find a glimpse of how your life revolved this whole time..

for me,

i knew how my life goes,

I’m frustrated with what my life had offered, I’m so down and sad, I rise above of all problems, denying that happiness would come and suddenly out of the blue..

I found myself to be as happy as a child-with-a-candy again..

Then it goes around again,

but each time with a different situation,

Experience is the best teacher..

My life still revolving with the same phases, but with different and sometimes similar situation,

It makes me stronger but it makes me kind of frightened too..

I believes everyone have the same issues,

I even have few other circles completing their phases around me..

Which sometimes teach me a lot of things..

What i do know, It will never be an ending to it..

unless of course if you die..

but that’s a different case.

Seriously what am i babbling about?

well, at this moment, It came back to the same phase i went through before..

Denying..

At this moment i just ..

i just loosing faith in life,

not that i wanna die or what-so-ever..

Its just i lost faith with something with someone maybe..

but life goes on as it suppose to be..

Its just a phase which i know someday out of the blue..

I’ll be smiling like no body business again ;p

p/s: 

My English is getting worst. Damn. This is the problem when you don’t practice (-__-“)~

Sunday, May 2, 2010

bila xx + xy [epi 11]

Ayam berkokokan di Subuh hari, duduknya seorang hamba Allah menadah tangan dan berdoa …

goodmorning-rooster-crowing

“.. Ya Allah, aku mohon kepada mu, kau maafkanlah hamba mu ini di atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. Aku mohon kepadamu Ya allah permudahkanlah segala urusan ku, Kau lindungilah aku dengan nur dan kasih mu Ya allah.. Ku mohon Ya Allah semuga Ariena Alyssa adalah takdir dan jodoh yang telah Kau tetapkan untukku Ya Allah. Izinkan aku untuk menemaninya sehingga akhir waktu. sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon. Kau lindungilah ku, keluargaku, sahabatku dan insan yang ku sayang.. amin…”

Irfan bersyukur kerana dipertemukan dengan Ariena, setelah hampir 9 bulan mengenali Ariena, telah banyak yang dia pelajari dan rasai. Ariena merupakan seorang yang telah menunjukkan satu hala tuju yang pasti. Ariena seorang yang tabah, berani dan penuh dengan gayanya tersendiri. Baginya Ariena lah sahabat dan penyejuk hatinya yang amat dia sayang. Hanya Ariena yang mampu meredakan hatinya yang sering bergolak. Setidak-tidaknya masalah keluarganya dapat dilupakan dengan kehadiran Ariena.

Irfan dilahirkan dalam keluarga yang berada. Ayahnya, Dato’ Zahirul Hisham bin Zainal Abidin  merupakan usahawan berjaya tanah air. Manakala ibunya, Farah Diyana  merupakan seorang bekas pramugari dan model terkenal. Dulu mereka bahagia, namun semenjak 2 tahun lalu, pelbagai masalah telah menimpa keluarga mereka. Ayahnya terlibat dengan skandal dengan seorang artis manakala ibunya menuntut cerai. Pergolakan rumah tangga kedua ibubapanya telah serba sedikit memakan diri Irfan. Irfan lebih bersikap low profile dan menyendiri. Di saat keluarganya di landa masalah, kekasih hatinya Syazlin pergi meninggalkannya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Tidak cukup dengan itu, Syazlin memutuskan hubungan kerana jatuh hati terhadap seorang lelaki mat salleh. segala masalahnya dipendam jauh disudut hati. Cuma kini, dia mula ceria dan kembali hidup dengan kehadiran Ariena. Sayangnya terhadap Ariena tidak berbelah bahagi. Segala masalah yang di hadapinya telah mematangkannya sebelum usia.. dia yang dulu pernah hilang di bawa arus sosial telah kembali tenang dan berwawasan dengan adanya Ariena disisinya serta ammar, sahabat baiknya semenjak sekolah rendah.

two boys

Ammar: uit.jauh termenung.

Irfan: am.. haha. aku terpikir sesuatu. aku rasa aku bahagia sangat sekarang.

Ammar: mahu tak bahagia. dapat awek sikit punya understanding. Kau bertuah dapat dia fan.

Irfan : yup.aku harap dia tak macam syazlin..

Ammar: aik. tak payah ingat lagi la minah tu. kau ni. jangan dibandingkan. kalau Rin tahu, kecik hati dia.

Irfan: aku tau. rin tiada tandingannya fan. ak bersyukur kenal dengan dia.

Ammar: dah. jom siap.aku lapar ni. nak breakfast. lecture dah lah awal pagi nanti tak sempat.

Mereka bersiap-siap untuk ke kuliyah.

girl sad

Petang itu,  Sofiya duduk termenung di tepi padang. Tanpa disedarinya ada seseorang menghampirinya..

Yusri: oit! termenung jauh!

Sofiya: Yus.. eh2 (mengesat air mata).. buat ape dekat sini.

Yusri: eh kenapa ni?

Sofiya: Takde ape. kau buat ape kat sini?

Yusri: Aku jalan-jalan je. kenapa ni sofiya? sharelah dengan aku. selama ni kau banyak tolong aku, bagi can dekat aku pulak k. ( menyiku bahu sofiya.)

Sofiya: entahlah yus. tak tau aku nak cakap. tapi takpa aku ok je.(dalam hati terdetik satu rasa.. yusri, aku sayang sgt2 dekat kau. tolong jangan pergi ireland)

Yusri: Sedih sebab aku nak pergi eh?

Sofiya: yus, please jangan baik sangat dengan aku.  (terus bangun dan lari meninggalkan yusri)

Yusri: SOFIYA!!! ( hairan dan pelik)

Malam itu, Yusri resah dan tidak tenteram teringat akan kejadian petang tadi. Die tidak tahu apa yang telah di salah cakap atau buat terhadap sofiya sehingga sofiya menangis dan lari. Benarkah apa kata-kata akmal yang Sofiya sudah mula menyukainya. Tapi tidak mungkin, sofiya sendiri tahu bahawa Yusri sukakan Ariena. Segala-galanya begitu kusut dan tidak jelas. Namun yang pasti hanya satu, dia tidak mahu kehilangan persahabatan sofiya. Malah hatinya terasa sayu melihat sofiya menangis. Tidak pernah dia melihat sofiya berkeadaan sebegitu. Selama dia mengenali sofiya, sofiya merupakan seorang hang happy-go-lucky dan sering menjadi penghibur setiap teman sekuliah. Dialah yang selama ini selalu menjadi orang yang memberi semangat. Perlahan, Yusri menyedari, telah banyak Sofiya lakukan untuk menceriakan orang sekelilingnya namun tidak pernah ada sekali pun dia lihat sofiya bersedih dan ada orang yang cuba menceriakannya. hati lelakinya sedikit terusik dengan sifat Sofiya. Selama ini hanya sofiya tahu dan menguruskan masalahnya sendiri.

“ aku perlu buat dia ceria..haih..kenapa dengan kau sofiya” bisik hati Yusri.

youngCouple

kring kring kring…

yusri: hello Sofiya…

Sofiya: Yus., maafkan i.

……………………..bersambung………….

p/s:

cerita ni agak pendek.nak balik kuantan negh..haahha.. akan diupdate jumaat ini =) 

kesah xx + xy ni akan keudara seperti biasa, jumaat , sabtu dan ahad. hehehe ;p 

 

Bila xx + xy [epi 10]

Dalam episod yang lepas, ariena dan Irfan sudah cuba untuk mengenali diri masing-masing, manakala Yusri sedang berusaha keras untuk menghilangkan kesedihannya dan Sofiya sedaya upaya membantu Yusri dalam menangani emosinya. Setelah beberapa bulan berlalu…

breakfast

Ariena: Morning =) (sambil memegang satu mug hot chocolate )

Sofiya: Eh, hye morning. aik? cerie je nampak pagi-pagi ni. is there anything that i missed miss Ariena?

Ariena: (tersipu malu).. aku dengan Irfan..erm.. hahaha.. dah declare…. (sambil menunjukkan cincin dijarinya)

Sofiya: what? wah2. atlast korang berdua kapel jugakkan. baguslah aku tumpang gembira untuk kau. you deserves it babe.oh by the way sweetnya dengan cincin-cincin.Macam orang melamar pulak hahaha.

Ariena: you ni. jahat tau. ngusik. actually.cuti sem ni, kami nak bercuti sama-sama. Nak ikot?

Sofiya: eh, ada pulak.nanti aku jadi kacau daun pulak. takpelah.korang enjoy la k.

Ariena: alaa.. mana ada. please.lagipon aku takut la. yelah, aku tua pada dia, kawan-kawan dia semua muda. haih.takut tak ngam.

Sofiya: eh, korang pergi berap ramai?

Ariena: xdela ramai. ammar je.

Sofiya: alah kau ni..ammar je pun. dun worry la. ammar sempoi apa.

Ariena: hmm..entahlah. sometimes  takot pulak what people would say if a third year girl dating a first year boy. if a third year boy dating with a first year girl it wont be like sooo..ape ni.. ala.. weird.

Sofiya: jap. one question. do you love him?

Ariena: memang la.. if not aku tak accept ni (cincin)

Sofiya: so? whats the problem. listen. jangan la dengar apa orang lain nk kata. not a big deal pon kan. macam ikut sunnah pon ada kan. so cool la. biar la ape orang lain nak kata. dun make this thing become a big problem between you guys.

Ariena: hmm baiklah. aku sebenarnye ok je. jsut sometimes…

Sofiya: takpe aku paham. anything. i will be here k.=)

Ariena: =)

Beberapa jam selepas itu, di hadapan Fakulti Sains Kesihatan..

Yusri: uit! hey, miss sofiya. Lajunya orang tu berjalan, sampai tak nampak orang dekat sini.

Sofiya: eh., hye yus. sorry. i lapar sangat. in my mind nak pergi makan je. wanna join?

Yusri: hmm.. ya sure boleh jugak. after you.

Sofiya: =)

di cafe..

Yusri: so how are you?

Sofiya: im okay. you?

Yusri: yep. ooookkaaaayy tooo..hahaha.. btw.. i got students exchange for a whole sem starting next sem dekat ireland.

Sofiya: hah? (terkejut dan terasa sedih mula menerkam jiwa)

Yusri: yep. i apply for the students exchange and lucky me. i got it.

Sofiya: oo ok.(menunduk dan makan)

Yusri: you macam tak happy untuk i je. i share it with you and you are the first one to know about it.

SOfiya: hey.. jangan la cakap camtu.im happy for you k. so bila nak celebrate?

Yusri: ahha! ni baru betul.hahha.. I belanja you k.

Sofiya: ok (dalam hatinya mula seribu satu persoalan dan emosi mula bergolak)

tears

malam itu, sofiya duduk termenung sendirian di balkoni. Di dalam hatinya terlalu banyak perkara yang menyesakkan dirinya. Die bahagia melihat kegembiraan Ariena, malah die mencemburui Ariena. Dia tahu Ariena lah punca Yusri nekad untuk memohon pogram pertukaran pelajar itu. Tetapi itu bukan salah ariena. Malah dia juga tahu Yusri memerlukan ruang untuk melupakan rasa sayangnya terhadap Ariena. Namun kenapa hatinya terasa bagai di toreh dengan pisau. Dia tidak sanggup melihat Yusri, satu-satunya lelaki yang dia sayangi terus dirundum pilu. Adakah hatinya harus merelakan pemergian Yusri? atau adakah dia harus berbuat sesuatu? Sofiya sendiri tidak pasti. 

“kenapa Yusri? sikit pun kau tak melihat kearah aku” bisik hati Sofiya.

Di suatu masa yang sama, di tempat lain dan di situasi yang berbeza..

90895in_love

Irfan: so, cik Ariena Alyssa sayang. awak nak pergi mana untuk cuti sem ni?

Ariena: hmm nak pergi mana ye encik zahirul Irfan….??? saya pun tak tau.

Irfan: kita pergi bulan la.

Ariena: ada apa dengan bulan?

Irfan: kamu indah seperti bulan purnama.

Ariena: ahahha ade2 je awak ni. malu saya.

Irfan: aik? cakap nak BF romantik. tak cukup romantika d amor ke saya ni sayang?

Ariena: hehe romantik sangat-sangat manje saya sorang ni.

Irfan : so tuan puteri nak pergi mana.

Ariena: nak pergi tempat ada pantai la.

Irfan: hmm ok.nanti saya survey2 tempat k. n discus. so sayang saya ni bila nak tido?

Ariena: tunggu cik irfan kita la letak telefon.

Irfan: oh patik menggangu tuan puteri la ni?

Ariena: haah! cepat beta nak beradu ni.

Irfan: ohoo! orang ingat. hahha. tarik hidung baru tau. awak tido dulu k. saya nak sambung buat esaimen. goodnite sayang.

Ariena: orite.janga lewat2 sangat ye. saya tidor dulu. nite.

ariena tersenyum sambil merenung handphonenya. dia tidak menyangka bahawa Irfan mampu membuat dia kembali hidup dengan cinta.

apakah akan terjadi dengan sofiya dan yusri? apakah destinasi percutian Irfan dan Ariena? Apakah mungkin disangka panas hingga ke petang tapi akhirnya hujan ditengahari antara Irfan dan Ariena? Qistina? tunggu episode depan lor.. ngeh3x

 

Saturday, May 1, 2010

oh mari buang sawang dekat blog (>.<)y

_mg_0758v2

Apa punya anak dara ni ..ishk3x.. naik bersawang blog ni tak berupdate..hahahha.. macam mana nak update.. asyik bz je.. hahha.. tkdela bz mane.. cuma.. minggu2 exam ni, “hati wa takda taman la der!”..ewah2.. dah lama tak update blog tapi trend-trend terkini ikut pula kau yeh..hahaha.. ha trend?? trend ape?? ape yang trend..

alah tu yang sikit2 cakap ade bunyik cam ala2 adnan sempit (sam)..

“wa tengok lu kecik besar kecik besar der..”

now trend terkini budak2 remaja ..herk!! aiseyh elyana yazmin..lu bajet lu tak remaja la der..hahahha ahhh sudah kau elyana..jangan nak ber ‘adnan sempit’ pulak dekat sini.. hahaha.. well im uptrend..ngeh3x.. hahaha, aku pon tak tau la ade yang perasan ke tak trend ni..tapi now semua cakap mesti nak ade ‘wa’, ‘lu’, ‘der’ hahaha.. fine tidak mahu gelak tidak mengapa..siapalah aku dihatimu.. ki3x..

eh nak cerita ape ni.. ye pon nak ngemas bagi ade main objektif la untuk entri ni elyana yazmin oi..ki3x.. ponin nanti orang lain yang nak baca.. if ada yang nak baca la kan..hahha.. CAKK!! ki3x..

1. What are/is the objective/s of this entry ‘oh mari buang sawang dekat blog (>.<)y’ ? Describe in details.[3M]

answer:

This entry mainly as a starter after a long rest taken from blogging due to many upcoming programmed and activities in the blogger’s daily life.

Apart from that, this entry will also be discussing the programmes and activities  that had been messing with the blogger’s head for the past roughly about 2 months time.

Lastly, this entry will list down what he/she going to plan about her/his blog.

hah! tu dia.. cam soalan exam..hahaha .. ape la aku merepek negh!!!

ni la akibat wayar mane la hangus dalam kepala mase duk study untuk exam baru2 ni.. ki3x

ok sem ni ade peningkatan,

biasa study week baru terkial2 cari notes nak study.. tapi sem ni.. berjaya memaksa diri terkial2 mencari notes seminggu awal.. hehehe.. so ok la tu kan..hehe..

next, dulu bantai cite korea and cite ala2 kedoktoran gitu..hehe cam greys anatomy ngan  royal pain tapi, this sem aku bantai layan cite melayu dengan cerita ala2 vampire..haha..

nah list series aku duk layan:

  1. mertua vs menantu 1 & 2
  2. na-o-mei
  3. adamaya
  4. the vampire diaries
  5. big bang theory
  6. how i met your mother
  7. movies: ironman 2, stilletto, shutter island, definitely maybe, haunted room, niyang rapik dan banyak lagi..hehehe

banyak tak?? biasa la.. study2 buat aku merana, makanya ni la penghibur lara aku..hahaha.. nah suruh layan blog..haram la aku nak layan.. stress dah duk study lagi mau perah otak nak taip entry..hahaha..takmao2..ki3x..

oh sem lepas selalu study dengan adelin dekat apartment aku yang tersayang ni.. now die dah balik umah n ulang alik, makanya study week kali ni aku lebih banyak merayap ke asrama U (rumah membe). sekejap naik basikal, kejap scooter pink tu, skejap jalan kaki.. tgk la ape rezeki aku time tu.. up rezeki..naik kereta siap dengan ada drebar lagi hahaha..thanks housemate aku yang sudi hantar ambik aku kadang2 tu..ki3x.. scooter tu pon aku bedal housemate aku punya.. sian study pon kene bermusafir..hahaha..

then ape lagi yeh?? hahaha tu je la keje aku dekat sebulan ni..hahaha.. selain dengan makan yang melampau, perut aku ni perut tong drum kot…makan bukan maen banyak lagi..smpai ade yang takot tgk ak makan..hahaha.. biarkan.. hehehe.. hmm duit tak terkira la dah berabes dekat makanan saja..adess.. takpa janji perut suka hati..hehehe

so ape aku nak buat ni bila dah tamat exam?? hahaha

jeng3x

semalam sudah meronggeng bersama housemate aku tgk IRONMAN 2  midnite..hahha aku jejak dekat rumah dalam kul 4 pagi kot.. sebelum tgk midnite movie, layan domino’s pizza dekat tepi pantai area Queensbaytu. Lepas tu pekena mocha frap. size venti faveret aku. baru la gerak gi gurney plaza untuk midnite movie tu. wah bahagia betul aku..hahaha cume satu je tak terlaksana..karaoke…hahahahahha takpa2..aku gegar kat kuantan nanti..once aku balik..hahaha tak sabar ni nak balik kuantan! ki3x~

oho! exam tamat, tapi IPSA punya hal tak tamat, pagi tadi je dah ade meeting sekejap. haih2..ni yang duk peningkan kepala aku skrg.. herm.. aduiyaii… cepat la habes sem depan.. mahu bebas pada IPSA..hahaha..sem depan last aku berkhidmat sebelum next AGM. dah tua2 ni bagi orang muda la pulak buat kerja..ngahahahha.. cakap cam ape je..hehehe ..

UPDATE BLOG r ape lagi.. rindu sih sama blog..hahaha ..tapi still cuti ni jadual aku pon agak2 pack.. but.. more time too concentrate kat blog tercayang aku nih..ces cayang la sgt..hahahaha … sian kau blog..kekasih gelap aku je..hahhahha.. xpe2..nanti bb manjakan chyunk blog ye..meowww..hahahha~

p/s:

:. coming up after this entry is sambungan XX  + XY aku..ahahha~

:.  tak lama dah mak ayah aku nak gi europe..haaa jadi drebar+orang gaji la aku kt umah setelkan adek2 aku yang tak dengar cakap tu..huwaaaaa cuti ku di nodaiiiiii T__T

huhuhuhuhuhu melayang RM170 aku..hahahhaa.. tak best siap r! ki3x~

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...