Sunday, May 2, 2010

Bila xx + xy [epi 10]

Dalam episod yang lepas, ariena dan Irfan sudah cuba untuk mengenali diri masing-masing, manakala Yusri sedang berusaha keras untuk menghilangkan kesedihannya dan Sofiya sedaya upaya membantu Yusri dalam menangani emosinya. Setelah beberapa bulan berlalu…

breakfast

Ariena: Morning =) (sambil memegang satu mug hot chocolate )

Sofiya: Eh, hye morning. aik? cerie je nampak pagi-pagi ni. is there anything that i missed miss Ariena?

Ariena: (tersipu malu).. aku dengan Irfan..erm.. hahaha.. dah declare…. (sambil menunjukkan cincin dijarinya)

Sofiya: what? wah2. atlast korang berdua kapel jugakkan. baguslah aku tumpang gembira untuk kau. you deserves it babe.oh by the way sweetnya dengan cincin-cincin.Macam orang melamar pulak hahaha.

Ariena: you ni. jahat tau. ngusik. actually.cuti sem ni, kami nak bercuti sama-sama. Nak ikot?

Sofiya: eh, ada pulak.nanti aku jadi kacau daun pulak. takpelah.korang enjoy la k.

Ariena: alaa.. mana ada. please.lagipon aku takut la. yelah, aku tua pada dia, kawan-kawan dia semua muda. haih.takut tak ngam.

Sofiya: eh, korang pergi berap ramai?

Ariena: xdela ramai. ammar je.

Sofiya: alah kau ni..ammar je pun. dun worry la. ammar sempoi apa.

Ariena: hmm..entahlah. sometimes  takot pulak what people would say if a third year girl dating a first year boy. if a third year boy dating with a first year girl it wont be like sooo..ape ni.. ala.. weird.

Sofiya: jap. one question. do you love him?

Ariena: memang la.. if not aku tak accept ni (cincin)

Sofiya: so? whats the problem. listen. jangan la dengar apa orang lain nk kata. not a big deal pon kan. macam ikut sunnah pon ada kan. so cool la. biar la ape orang lain nak kata. dun make this thing become a big problem between you guys.

Ariena: hmm baiklah. aku sebenarnye ok je. jsut sometimes…

Sofiya: takpe aku paham. anything. i will be here k.=)

Ariena: =)

Beberapa jam selepas itu, di hadapan Fakulti Sains Kesihatan..

Yusri: uit! hey, miss sofiya. Lajunya orang tu berjalan, sampai tak nampak orang dekat sini.

Sofiya: eh., hye yus. sorry. i lapar sangat. in my mind nak pergi makan je. wanna join?

Yusri: hmm.. ya sure boleh jugak. after you.

Sofiya: =)

di cafe..

Yusri: so how are you?

Sofiya: im okay. you?

Yusri: yep. ooookkaaaayy tooo..hahaha.. btw.. i got students exchange for a whole sem starting next sem dekat ireland.

Sofiya: hah? (terkejut dan terasa sedih mula menerkam jiwa)

Yusri: yep. i apply for the students exchange and lucky me. i got it.

Sofiya: oo ok.(menunduk dan makan)

Yusri: you macam tak happy untuk i je. i share it with you and you are the first one to know about it.

SOfiya: hey.. jangan la cakap camtu.im happy for you k. so bila nak celebrate?

Yusri: ahha! ni baru betul.hahha.. I belanja you k.

Sofiya: ok (dalam hatinya mula seribu satu persoalan dan emosi mula bergolak)

tears

malam itu, sofiya duduk termenung sendirian di balkoni. Di dalam hatinya terlalu banyak perkara yang menyesakkan dirinya. Die bahagia melihat kegembiraan Ariena, malah die mencemburui Ariena. Dia tahu Ariena lah punca Yusri nekad untuk memohon pogram pertukaran pelajar itu. Tetapi itu bukan salah ariena. Malah dia juga tahu Yusri memerlukan ruang untuk melupakan rasa sayangnya terhadap Ariena. Namun kenapa hatinya terasa bagai di toreh dengan pisau. Dia tidak sanggup melihat Yusri, satu-satunya lelaki yang dia sayangi terus dirundum pilu. Adakah hatinya harus merelakan pemergian Yusri? atau adakah dia harus berbuat sesuatu? Sofiya sendiri tidak pasti. 

“kenapa Yusri? sikit pun kau tak melihat kearah aku” bisik hati Sofiya.

Di suatu masa yang sama, di tempat lain dan di situasi yang berbeza..

90895in_love

Irfan: so, cik Ariena Alyssa sayang. awak nak pergi mana untuk cuti sem ni?

Ariena: hmm nak pergi mana ye encik zahirul Irfan….??? saya pun tak tau.

Irfan: kita pergi bulan la.

Ariena: ada apa dengan bulan?

Irfan: kamu indah seperti bulan purnama.

Ariena: ahahha ade2 je awak ni. malu saya.

Irfan: aik? cakap nak BF romantik. tak cukup romantika d amor ke saya ni sayang?

Ariena: hehe romantik sangat-sangat manje saya sorang ni.

Irfan : so tuan puteri nak pergi mana.

Ariena: nak pergi tempat ada pantai la.

Irfan: hmm ok.nanti saya survey2 tempat k. n discus. so sayang saya ni bila nak tido?

Ariena: tunggu cik irfan kita la letak telefon.

Irfan: oh patik menggangu tuan puteri la ni?

Ariena: haah! cepat beta nak beradu ni.

Irfan: ohoo! orang ingat. hahha. tarik hidung baru tau. awak tido dulu k. saya nak sambung buat esaimen. goodnite sayang.

Ariena: orite.janga lewat2 sangat ye. saya tidor dulu. nite.

ariena tersenyum sambil merenung handphonenya. dia tidak menyangka bahawa Irfan mampu membuat dia kembali hidup dengan cinta.

apakah akan terjadi dengan sofiya dan yusri? apakah destinasi percutian Irfan dan Ariena? Apakah mungkin disangka panas hingga ke petang tapi akhirnya hujan ditengahari antara Irfan dan Ariena? Qistina? tunggu episode depan lor.. ngeh3x

 

1 comments:

Ariff Shah said...

ha. baru update :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...