Friday, May 14, 2010

Bila xx + xy [epi 13]

cinema

Sebulan telah berlalu, Ariena, Irfan dan Ammar sudah dua minggu kembali dari bercuti di Bali. Sepanjang itu juga, persahabatan Yusri dan Sofiya juga semakin akrab. Mereka sering menonton wayang bersama serta melakukan pelbagai aktiviti bersama. Kebetulan kedua-duanya minat dengan sukan ‘paintball’.

phone 

Lain pula ceritanya dengan Irfan dan Ariena. Mereka tidak dapat keluar bersama selalu kerana Irfan tinggal di Kuala Lumpur dan Ariena tinggal di Johor Bharu. Jarak mereka telah mengehadkan mereka untuk sering berjumpa. Namun itu bukan menjadi satu masalah besar bagi mereka. Lagipun, mereka baru sahaja kembali dari bercuti. Sepanjang mereka berada di Bali, mereka banyak menghabiskan waktu bersama. Mereka juga mengambil kesempatan bertemu rakan-rakan yang menyambung pelajaran di sana. Bagi mereka ini adalah peluang yang jarang dapat mereka dapat. Sesekali dapat merantau ke negara orang dan bercuti sambil melawat sahabat handai di sana adalah sesuatu yang amat bermakna. Bali tempat yang sesuai untuk bercuti dan menenangkan otak. Banyak juga gambar-gambar yang mereka ambil. makanya lebihan cuti ini mereka lebih banyak berhubung melalui telefon.

taking pic 

Sebenarnya, percutian ini bukan percutian kosong semata-mata. Di sanalah Ammar mengekspresikan hobinya dalam fotografi. Ini merupakan pilot projeknya persendiriannya. Ammar gemar akan fotografi dan cuti-cuti beginilah dia akan merantau serata tempat untuk mengambil gambar. Sebelum ini dia telah bercuti ke Tanzania, Africa bersama keluarganya. Selain itu, dia juga pernah berkunjung ke Italy, Greek dan New Zealand. Semenjak sekolah rendah lagi Ammar sudah berminat dengan fotografi. Ammar kini sedang sibuk untuk menyiapkan journal percutiannya.

chit chat

Ariena pula sibuk menolong ibunya, Hajjah Aishah untuk membuat kek di dapur,

Hjh Aishah: Timbangkan tepung tu ½ kilo kakak.

Ariena: Mana tepungnya ma? Oh ada dah. ½ kilo ye ma? Siap. Hehe

Hjh Aishah: Gembira betul kakak ye semenjak balik cuti. Tak mahu share ke dengan mama.

Ariena: Alah ma ni, nak share ape lagi ma. Semua kakak dah story dekat mama kan.

Hjh Aishah: Bukan apa, mama tengok banyak juga gambar kakak dengan budak Irfan tu. Mama tak kisah, kakak tu dah besar nak fikir. Cuma jangan abaikan pelajaran sudahlah ye. Jaga jugak adab jangan sampai malukan keluarga. Tu je pesan mama.

Ariena: hmm.. jauh fikir mama ni. Ya ma, kakak ingat pesan mama. Memang kami kawan rapat sekarang ma. Entahlah ma, ada jodoh ada la. Cumakan ma, dia muda pada kakak 2 tahun.

Hjh Aishah: kamu biar betul. Mama tak kisah. Cuma banyak rintangannya nanti. Kena pandai-pandailah. Ingat pesan mama tadi. Ape pun kakak, jodoh dekat tangan tuhan. Jangan terlalu taksub sangat bercinta sampai akidah habis terpesong.

Ariena: Ye ma. Nah tepungnya. Pasal hal itu ma, ma jangan risau. Kakak pun nak fokus belajar juga. Itu yang paling utama.

Hjh Aishah: baguslah kalau macam tu. Sejuk hati mama dengar.

Bagi Hajah Aishah, dia bersyukur anaknya sudah semakin ceria. Semenjak kematian arwah Hariz dua tahun lepas Ariena sudah tidak ceria seperti biasa. Hajah Aishah kenal dengan arwah Hariz, arwah merupakan anak sepupunya. Pada awalnya, Hajah Aishah tidak berkenan, namun kerana mereka berdua pandai menjaga adab sopan dan tatasusila serta sering menggunakan masa untuk mengulangkaji bersama akhirnya dia merestui. Kedua belah keluarga juga sudah mengikat janji jika ada jodoh mereka. InsyaAllah mereka akan di satukan. Namun, bukan jodoh mereka apabila tuhan lebih menyayangi Hariz.

Kini, selepas dua tahun akhirnya Ariena membuka hantinya semula. Dia bahagia dengan Irfan. Namun, dia tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan pelajar. Ariena ingin menggapai cita-citanya. Lebih tepat cita-cita dia dan arwah Hariz. Setiap hari Ariena berdoa agar Irfanlah jodohnya. Dia tidak tahu sama ada dia mampu untuk berhadapan dengan kehilangan untuk kali kedua.

Di Kuala Lumpur;

TENET TENET TENET

Yus =)

Hye. Sofiya you siap-siaplah. I nak gerak dah ni.

Sofiya(UKMB)

OK

PIN PIN

Sofiya membuka pintu kereta. Lalu meminta maaf kerana terlambat kerana mencari kasut.

Yusri: i tak tau lah nak beli apa pegi ni. Aduii. Tak reti nak agak.

Sofiya: takpelah i kan dah janji nak tolong u. Ni dah siap dah list. Hehhe.

Yusri: You tahu ke keperluan lelaki. You jangan siapkan list untuk things needed untuk girls sudah.

Sofiya: eh ape salahnya. Bila lagi u nak tunjuk your soft side.

Yusri: sofiya, u jangan start. Hahahha.pandai la u nak ngusik i. I lelaki sejati k.

SOfiya: hahaha i tau.

Yusri: so nak ke mana now?

Sofiya: kita gi OU la. Find your sweater or jumper. Nanti sana sejuk kan. For food, kita shopping bila u dekat nak pegi la.

Yusri: nanti sure i rindu Malaysia.

Sofiya: alah ngada. Hahahha

Yusri: U lagi i rindu la. Hahahha.

Sofiya: ;p

Selepas dua hari, Ariena sudah mula memulakan pekerjaan sambilan di klinik pakciknya. Walaupun dia masih tidak dapat praktis sebagai doctor, tapi kerjanya untuk mendaftar pesakit yang datang sudah memadai baginya untuk mendapat pengalaman awal untuk masa depannya.

dr 

Di Klinik, tengku Zhariff sedang memerhatikan Ariena yang sedang khusyuk membaca sesuatu;

Tg Zhariff: Eh awak tak pegi lunch ke?

Ariena: oh doctor zhariff rupanya, terkejut saya. Belum lagi doctor. Tengah tunggu uncle. Uncle ajak makan sama.

Tg Zhariff: khusyuk betul awak membaca. Baca surat cinta?

Ariena: eh tak la. Artikel pasal cancer paru-paru.

Tg Zhariff: bagusnya. Takpela saya pergi dulu ye. Belajar rajin-rajin.

Ariena: baiklah doktor.

Tengku zhariff merupakan seorang doktor . Dia sering ke klinik itu untuk berjumpa doktor hasyim iaitu pakcik ariena. Tengku zhariff sudah tiga tahun menjadi doktor. Tidak lama lagi tengku zhariff akan menjadi doktor tambahan di klinik itu. Jika prestasinya baik kemungkinan besar untuk dia bekerja dengan doktor hasyim secara tetap adalah cerah. Ariena juga banyak meminta nasihat dari Tg zhariff tentang pelajarannya. Ariena ingin menjadi seorang doktor yang Berjaya.

3 comments:

jauze said...

wah el.. cerita ni ko buat sendiri ka?

kami syg kami said...

hahaha..
gud jab lampi girl!!!
i'm waiting the next page..

ELYANA YAZMIN =) said...

jauze..ye ak buat sendrii..ki3x

nazly: hahahha.. gi tgk ade update tu..btw lepas tamat xx + xy ..ade nak smbg cite lain..dpt idea baru.keh3x.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...