Friday, November 12, 2010

pencinta kucing bukan pencinta wanita oleh irwansyah.

cat

Pada tanggal 11 november 2010, aku telah menyaksikan satu perkara yang sangatlah membuatkan aku ter-wah-wah dekat dalam kereta. Sebelum aku cerita apa perkara yang aku nak cerita, izinkan aku cerita pasal situasi traffic dekat Penang terlebih dahulu. Traffic dekat Penang ini sememangnya sangat sibuk nak-nak kalau dah dekat timing orang balik kerja or pergi kerja or budak balik sekolah dan weekend. Ape ingat Kay-L je bz? ha hokey, pemandu pulak paham-pahamlah banyak ragam, antaranya…

  1. bajet otai.
  2. bajet best.
  3. kurang kesabaran oh mungkin tiada kesabaran lebih tepat.
  4. Kurang aplikasi dalam pembelajaran, bukan kurang ajar, sebab dah pergi kelas memandu ambil lesenkan.
  5. Gila hon, orang lain gila harta dia gila hon, pelik aku. ishk.
  6. Gila kelajuan , nak kejar apa aku tak tahu, padahal lampu traffic merah dekat depan..relaks le.haisyh.

dah, malas aku nak senarai, korang pun sure paham je kan and pernah alami, actually aku pun kadang ada buat, kahkahkah, tapi aku tak berani hon ..serius,,aku tak pernah hon lagi setakat pengalaman aku memandu kereta. bawak laju dan kadang marah tu pernah la, tapi takde la bajet otai, bajet best or kurang ajar lagi kan.kahkahkah.

Ok kembali ke pangkal jalan cerita ;p

So, ceritanya bermula bila aku, rumet dan rakanku on the way nak cari carwash dan kami baru balik study + lepak dekat Jco Donut..perghhh study tu..gile hebat aku.kahkahkah. Traffic light dekat depan merah, so STOP la kan, takkan nak terjah, tapi line agak panjang la since time orang balik kerja. Sekitar 6.30 petang la jugak. Mase dekat-dekat nak stop tu, aku nampak seekor anak kucing hitam putih –super-duper-cute macam tengah sesat dekat atas jalan raya tu. Jantung aku berdebar-debar jugaklah takutnya kucing tu kena langgar. Tapi tak tau nak buat apa kan, so duk perati je la dengan rakan-rakan aku, nak turun ambil, tiada siapa berani. Try jugaklah kami jerit halau kucing tu, tapi kucing tu agak di depan jugaklah pada kami. aduii… kami doa je la kan..

Tiba-tiba, ada satu kereta berhenti EMERGENCY secara mengejut dekat lane sebelah! alamakkk!!!!!Hazard light terpasang. huisyh kenapakan? rosak? langgar?

eh2 terlanggar kucing tadi ke? hehehe takdelah, nyaris-nyaris je, owner kereta putih tu turun carik kucing tu, tapi kusing tu pergi nyorok atas tayar pulak dah, masa tu lampu merah lagi, so takde hal la, tapi bila line baru je bertukar hijau, which line panjang., tapi orang yang belakang kereta putih tu duk hon-hon macam orang gila. sabar la sat tak boleh ka? tak nampak ke abang tu tengah tolong kucing tu, hiyshh geram betul aku masa tu.

Kami dalam kereta buka tingkap cakap dekat abang tu, takpe bang perlahan-lahan, jangan layan orang belakang. keh3x. Akhirnya kucing tu blah jugak dari kereta tu. Alhamdulillah, selamat nyawa kucing tu, tapi aku risau jugak, still dekat tepi jalan, kalau dia cross balik jalan tu memang dah ajal kau la kucing..ishk.

Ape pun, abang tu memang ak tabik spring la! bagus betul kot, kalau orang lain sure dah tak hirau dan langgar je kucing tu, nak-nak pemandu-pemandu tengin yang asyik duk hon-hon tu. Aku pun harap, lepas ni pun aku berani macam abang tu jugak ;p

Apepun, aku harap lebih ramai rakyat malaysia seperti itu. kahkahkah, cakap macam perdana menteri pulak aku rasa..  ;p

ok chow, aku ada due paper esok. cam tengin jep..arghhhh!! wish me luck bebeh =)

2 comments:

mario said...

cayalah abang tu...

wawa said...

b aku angkat upih penang tepi jalan.. hahaa..
anyway, best! study la nenek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...