Thursday, December 30, 2010

post-mortem: malaysia menang piala suzuki ?

malaysia_flag

sebelum aku mula biarlah aku ucapkan sepatah dua kata dahulu:

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA DI ATAS KEMENANGAN ANDA!

mari kita sambung…

Tatkala semua rakyat jelata Malaysia mula bergembira akan kemenangan pasukan bola sepak malaysia, aku pula disini mula memerhati gelagat sorang-sorang rakyat malaysia yang tiba-tiba membuak-buak semangat cinta akan negara (ceh poyo je aku ni kan) padahal aku tengok dekat blog, FB dan twitter je ;p

Saat ini banyak kata-kata seperti ini di mana-mana..

I LOVE MALAYSIA!

I’M PROUD TO BE MALAYSIAN.

I LOVE KHAIRUL FAHMI (erk.. aku tak kenal pun dia ni sehingga la hari ini..haha)

macam-macam lagilah untuk menunjukkan betapa cintanya kita pada tanah air kita ni kan.

tahniah rakyat malaysia kerana kini anda lebih patriotik dan lebih sayangkan negara.. aku kagum.

Sekarang, ini adalah isu yang aku nak ketengahkan,

Kepada orang-orang yang sememangnya sudah lama dan baru sahaja menyayangi malaysia aku ucapkan tahniah dan aku kagum dengan semangat kecintaan korang TETAPI aku minta dan pohon korang terus kekalkan apa yang korang rasa dan jadi rakyat Malaysia yang tidak mengikut pepatah ini:

HABIS MADU SEPAH DI BUANG

Kamu semua harus faham, tatkala kamu semua sedang asyik melempar pujian anda semua mula meletak harapan yang tinggi. Apa orang panggil ada expectation. Kamu akan mula meletakkan expectation yang tinggi kepada pemain-pemain bola sepak negara. Di saat ini juga , aku yakin perlahan-lahan di sebalik segala gelak tawa dan keseronokan menyambut kemenangan negara, pasti pemain-pemain bola dan jurulatih bola sepak negara mula merasakan bahu mereka mula sarat dengan tanggungjawab untuk menghadapi expectation rakyat malaysia pada masa akan datang.

Kalau dahulu kita sering dengar tentang adik beradik kembar zaquan dan zafuan, kini nama Khairul Fahmi mula meningkat naik dan melonjak naik kerana kecekapan pertahanan gawang gol yang ditunjukkan nya. TAHNIAH. Kini gadis-gadis pun sudah mula beralih arah dari meminati si kembar kini sudah mula merisik khabar Khairul Fahmi (oh maaf ye dia sudah berpunya dan dipunyai) ahahahaha..kesian korang. Aku pun tak tau pun siapa khairul fahmi sehinggalah jumpa blog girlfriend dia. ;p

Satu perkara tentang masyarakat kita, apabila pasukan negara mendapat tempat pertama pasti ramai mula mengagumi dan sebagainya. Itu sudah menjadi lumrah kehidupan manusia. dan YA aku faham. aku juga suka jika pasukan negara menang.

Cuma aku berharap sangat jika korang dah betul2 bangga akan negara , jadilah seorang supporter yang supportive. bukan setakat pada saat kemenangan sahaja korang berbangge, tapi jika andai kata (aku tak mintak atau doa cuma ANDAI KATA), satu hari nanti Malaysia tak perform macam sekarang, harap tatkala itu janganlah hendak mencemuh atau menghina.

Sudah tipikal sangat kot rakyat malaysia (luar negara pun sama) ni, bila menang pergh sanjung nak mati la, kalah kipas angin. Pemimpin pula mula memberi gelaran dato’ dan sebagainya kepada pemain. Cuti dan sebagainya. Tidak salah untuk bergembira dan meraikan kejayaan. Cuma jangan lebih-lebih sangat. ehh Sekejap! boleh nak lebih-lebih puji, tapi time susah nanti lebih-lebih-lebih la jugak support dan jangan nak lebih kutuk je ye rakan-rakan ;p;p.

Bukan apa, sudah jadi kebiasaan dah manusia ni. Bila di atas habis semua nak puji dan angkat, tapi bila kalah mulalah nak cemuh dan hina.siap kata bazir duit segala.

Korang kesianlah dekat orang yang bermain dan melatih itu. Mereka tu manusia, tak lari pada silap dan cabaran serta tanggungjawab. Pujian yang kamu beri, gelaran yang kamu beri merupakan sesuatu yang dihargai oleh mereka, tapi mereka juga sedar bahawa:

GREAT POWER COMES WITH GREAT RESPONSIBILITIES

akan ada suatu saat mereka pasti akan merasa bebanan rasa tanggungjawab untuk maintain kedudukan dan berjaya menggapai harapan dan expectation dari penonton.

Kadangkala aku kesian dekat pemain-pemain bola sepak seluruh dunia bukan sahaja malaysia, bila pemain itu sihat, kuat, bertenaga dan performance sangat membanggakan, pasti ramai yang sanjung tetapi once something terjadi, tua, injured, kalah, buat silap dengan sekelip mata semua itu hilang. Tiada lagi sanjungan dan yang tinggal hanya cemuhan.

Bukan nak menakut-nakutkan atau cuba mengdownkan pemain negara.

cuma kepada penyokong, aku harap korang boleh jadi macam kawan baek kepada pasukan bola sepak negara:

A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED

Ingat ya, kesenangan boleh menjadi kesusahan di kemudian hari begitu juga sebaliknya.

aku harap sangat la nanti pada masa depan aku tak nampak mana-mana yang dahulunya terlalu gah dan fanatik sekarang tiba-tiba beralih arah dengan mencemuh. kalau diam-diam tu takpe lagi.

Sekurang-kurangnya adalah budi pekerti dengan fikir;

“ishk takkan nak jadi kacang lupa kulit kan”

Kita manusia harus berpada-pada.sekadar peringatan untuk kita bersama.

p/s:

baru hari ni aku kenal siapa itu khairul fahmi. (nampak sangat tak tau bola sepak malaysia)

Kepada khairul fahmi dan girlfrennya, aku harap korang tabah menempuhi segala cabaran yang datang dan terus stay cool seperti sekarang. (susah kot kalau tiba-tiba feymes ni). this world can be sweet and cruel sometimes but just stay strong and stay the way u are.. ;p cheers~

as the phrase goes:

you don’t make a 500million friends without making a few enemies

5 comments:

Wan Gerrard said...

Malaysia memang terbaik ^_^

Shafiq Rosli said...

Tahniah Malaysia..=)

mario said...

tahniah utk seme player...

elyana yazmin said...

hahha, tak tgk diorang main, but this is something malaysia can be proud of..so ok la..bukan selalu nak macam ni kan ;p

diladayu said...

wah...sjk bile ko b'smgt patriotik nih...bangge ak...papepn proud to be Malaysian...Go Muslim...ish tetibe jee...
weh lame kot kite x chitchat...ko pn bzy memnjang...ak lak lg laa bzy yer...hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...