Monday, December 27, 2010

tips: manage email menggunakan microsoft office outlook express.

Pasti ramai antara kita yang mempunyai banyak email akaun untuk mendaftar pelbagai applikasi internet (facebook, myspace, yahoomessenger,blog dan etc) dan urusan harian (office,universiti life). Kadangkala datang juga sifat malas untuk membuka akaun email di browser (IE, firefox atau googlechrome).

Aku kini mempunyai 5 akaun email yang berbeza untuk diuruskan, penat juga untuk setiap kali membuka akaun email aku satu persatu. Email yang paling penting adalah akaun hotmail aku. Terlalu banyak perkara yang aku guna untuk email rasmi aku itu, facebook, blog, urusan universiti, subscribe kepada medical site, urusan attachment dan banyak lagi lah. Sehari saja berpuluh email aku terima. Kalau dahulu aku buka di browser kini dengan menggunakan Microsoft Office Outlook Express (MOOE) segala-galanya mudah bagi aku.

 

MOOEMicrosoft Office Outlook Express

MOOE atau outlook express ini bertindak sebagai personal assistant aku di mana disitulah aku simpan semua contact aku, email, calender info (birthday dan meeting), task dan schedule aku. Ia juga bertindak sebagai reminder tentang apa-apa event dan meeting yang perlu aku pergi dan bukan sahaja remind tentang birthday rakan-rakan dan keluarga. Ia juga juga menjadi tempat aku menguruskan akaun email aku secara efektif. Dengan hanya satu klik di ‘send/receive’  sahaja semua email yang aku terima akan dimuat turun ke dalam MOOE ini dan email yang aku prepare secara offline akan dihantar secara serentak. Aku juga boleh memuat turunkan schedule aku dan hantarkan kepada ayah aku. (ayah aku selalu nak tau bila aku cuti dan bila aku boleh balik rumah).

Salah satu sebab terbesar mengapa aku kini sudah tidak buka akaun email aku dibrowser adalah kerana MOOE kini sudah mempunya connector dengan hotmail. Dahulu sebelum adanya connector itu MOOE ini adalah sekadar perhiasan di dalam laptop aku.

Kalau anda ada akaun hotmail dan ingin menguruskannya dengan efektif aku sarankan korang pakai lah office outlook connector.

so now, download office outlook connector for hotmail dan install.

kemudian buka MOOE anda dan click pada ‘outlook connector’  kemudian isikan email anda, password email dan nama anda:

Capture

kemudian korang dah ready dan korang akan tengok folder email korang sudah pun ada dekat situ..

Kalau korang ada akaun hotmail lebih pada satu, korang still boleh manage both email dalam satu MOOE. Just click pada outlook connecter menu bar tu dan kemudian click pada ‘add new account’ dan isikan email anda yang lagi satu itu.

PERINGATAN: connector ini hanya untuk akaun hotmail sahaja ye anak2 ;p

selamat mencuba!

p/s:

aku ada sampai 5 email akaun dan aku berjaya manage due akaun hotmail aku itu dengan sangat berkesan! yeay!

2 comments:

AcanCapik said...

akaun hotmail? yahoo camne? saya tak tahu... huhu

elyana yazmin said...

yahoo tak boleh la sayang oi. hehehe
but i will try to find..kot la tetiba ada connector die..ngee ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...