Thursday, December 16, 2010

ujian apakah ini?

ohohoii.

Dahulu selepas Matrikulasi aku telah mendapat tempat di Universiti Malaysia Sabah untuk Jurusan Ijazah Sains Marin. Aku meloncat gembira jugak, kerana oh this is fun! besides, UMS cantek bangat!! hehe but then aku tidak pergi oleh kerana beberapa sebab:

  1. Ayah aku kata jauh sangat
  2. Peluang kerja tak banyak sangat dekat Malaysia

Oh benar juga apa yang ayah aku katakan, aku pun ada cuba mencari apa pelang peerjaan yang boleh aku dapat. Ada itu ada, tapi jaminan untuk dapat kurang. Bab jauh itu tidak sedikit pun aku heran, lagi jauh lagi aku suka ;p oh tidak aku bukanlah anak yang terlalu nakal, aku masih tahu menjaga nama baik keluarga, cuma aku suka merantau ;p

Akhirnya aku masuk ke Management & Science Universiti di Shah Alam untuk mengambil jurusan medical sciece. Tidak sampai 2 minggu di sana tiba-tiba aku menerima panggilan dari Dr.Norhayati. Dr Norhayati ini merupakan  bekas lecturer di Universiti Sains Malaysia dan merupakan ketua jabatan farmasi di Kolej Teknologi Pulau atau Island College Technology (ICT). Beliau bertanya kepadaku, adakah aku berminat untuk mengikuti kursus pengajian ijazah farmasi (USM) di Island College Technology (ICT). Oh external degree barangkali. Aku pun ke Penang dan mendaftar dengan satu harapan, Ijazah USM. Bukan kerana course farmasi atau apa.Hanya semata-mata kerana Ijazah USM.

Aku tidaklah sesuke hati pergi, aku teringat akan satu peristiwa sewaktu matrik di mana aku ke  Pusat Pengajian Sains Farmasi USM mengikuti rombongan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Di saat itu aku teringat bagaimana dekan di USM bercerita mengenai ICT ini dan peluang pelajar lain untuk memasuki bidang farmasi dan menyumbang untuk negara. Ahli Farmasi tatkala itu amat diperlukan dihospital-hospital kerana kekurangan farmasi. USM merupakan universiti pertama dan tertua dalam mewujudkan jurusan Farmasi jadi ini merupakan misi USM . Mereka kata jika mengharapkan kouta kemasukan ke USM yang terhad, susah bagi mereka meramaikan ahli farmasi terutama dikalangan melayu kita. USM mementingkan kualiti dari kuantiti.Itulah kata mereka kepada kami.

Maka berbekalkan kata-kata ini aku yakin bahawa ada jaminan akan ijazah ini dibawah USM.

Memasuki ICT bukanlah semudah apa yang orang ramai sangka, mungkin ada yang berfikir kami yang di ICT ini hanya bayar untuk belajar. Almaklum sahaja lah, kami ini pelajar dari kolej swasta walaupun ijazah ini di pantau USM. Untuk pengetahuan kalian, tidak semudah itu, USM screening kami sebelum accept kami. Sebagai contoh semasa awal kemasukan batch kami, ada seorang ini tidak lulus syarat-syarat kemasukan dan tidak boleh meneruskan pengajian di ICT, selain itu interview juga telah diwujudkan.

Oh tidak mengapalah, mungkin benar pointer kami semasa matrik tidak sehebat mana tidak lah 3.9 atau 4.0 seperti pelajar yang berada di USM itu sendiri. Tetapi itu tidak melunturkan semangat kami. Terpulang kepada orang ramai untuk beranggapan bagaimana.

Selama berada di ICT, banyak yang kami lalui. Hanya orang tertentu dan tuhan sahaja tahu bagaimana kami survive. Anda bayangkanlah, soalan exam lecturer di USM yang sediakan, sama sahaja, sebijik sebuntat dengan pelajar jurusan yang sama di USM. Lecturer kami di ICT bukanlah penggumbal soalan, dan mereka jugak bukan orang yang menyediakan silibus. Kadangkala itu tidak cukup apa yang kami di ajar berdasarkan silibus. Jadi kami baca dua nota, satu nota ICT, satu nota USM. Nota USM tu mana yang adalah sahaja kami baca, mana yang kami dapat sahaja. Tetapi tidak mengapa, kami masih bertahan dan sentiasa ceria. Semangat kekawanan antara boleh dibanggakan jugalah. bersuka ria pasti bersama-sama walaupun sebenarnya banyak masalah yang perlu kami hadapi. Ada suatu ketika subjek statistik, kami tidak mempunyai lecturer yang proper. Nasib jugalah ada lecturer management yang mengajar statistik.Tetapi kerana kami jurusan farmasi setakat mana sahaja dapat lecterer itu bantu kami dalam memahami statistik farmasi. Tetapi terima kasih jugalah kepada beliau sudi juga mengajar kami. Jadi pandai-pandai sendirilah nak usaha macam mana agar subjek ini boleh kami lepas. Terdapat juga lagi beberapa isu, tetapi terlalu sensitif pula jika disebut disini. Kami hanya berharap segala situasi ini dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

Namun segala-galanya berubah sekitar May-June 2010.Sewaktu itu kami sedang cuti semester, dan ura-ura untuk kami pindah ke USM sudah mula tersebar. Macam-macam berita yang kami terima. Tetapi kami masih tidak kisah kerana mungkin khabar angin. Pihak USM mahupun ICT tidak memaklumkan kami apa-apa. Selain itu memang mengarutlah kami di absorb masuk ke USM. is there such thing as that? but it is.

Sekitar July-Ogos 2010, inilah waktu getir kami, kami sudah mula semester baru, namun situasi di ICT semakin membimbangkan, kuliah ada setengah tidak mula, ada yang tiada lecturer, USM visit tidak ada. Selalunya USM akan satang pada awal sem dan hujung sem. Selain itu, merekalah akan update silibus kami. Mereka juga akan jadi counterpart kepada lecterer kami di ICT. Besides that, mereka juga akan datang mengajar kami subjek yang tiada lecturer pada hujung minggu. Itulah selalunya kami lalui setiap semester sebelumnya. Namun semester kali ini, semuanya berubah. USM sudah tidak datang. Kami semakin bimbang. Kami seolah-olah hilang arah pada waktu itu. Kami bertanya kepada ICT dan USM apakah situasinya. Tapi sudah menjadi adat dunia mungkin, apabila due orang bertikam lidah pasti ada yang tersepit ditengah. Kami menjadi mangsa dalam segala keadaan. Kami yang sekadar ingin menuntut ilmu dan meneruskan pelajaran di landa pelbagai masalah.

Dalam hati ku, biarlah terus berada di ICT, dan USM datang sahajalah seperti sedia kala dan selesaikan masalah ini secara diplomatik. Namun, entahlah mengapa dengan dua ekor gajah ini (USM dan ICT). Masing-masing tidak mahu mengalah pada pandangan ku. Ya aku paham situasi USM , ada juga rasa marah kepada ICT, mungkiin juga kerana kami. Tapi bila di teliti dan siasat, ini adalah permainan bisness dua institusi ini dan kami..kami mangsa. Terasa diperbodohkan tatkala itu.

Ada yang kata kami terlalu baik dengan ICT sehingga kami masih berada di ICT padahal sepatutnya berada di USM. Tetapi adakah anda sedar bahawa, bukan lah kami terlalu baik atau apa. Tetapi perkara ini di rahsiakan dari pengetahuan kami. Apabila kami bertanya kepada ICT, salah di letakkan di atas USM dan kami sendiri, apabila tanya kepada pihak USM, ICT pula di persalahkah. Apakah semua ini?

ahhh apapun, kami sudah mula retak, ada yang mahu ke USM dan benci sungguh kepada ICT, ada yang lebih selesa di ICT, ada juga yang tidak kisah.

Aku?

bagi aku, aku selesa di ICT, masuk ke USM bukanlah semudah itu, mental, fizikal perlu di gagahkan untuk masuk ke USM. aku tahu jika berpindah ke tempat baru, pasti ramai yang prejudis. Namun, aku terfikir, jika masih berada di ICT tanpa pengawasan USM, masa depan kami pula yang akan terjejas. Degree kami akan mula dipersoalkan. Haih. apalah yang harus aku lakukan. Lalu aku terfikir, tidak bolehkah USM dan ICT berdamai. Aku bertanya kepada dekan di USM, tidak bolehkah USM datang ke ICT seperti biasa seperti awal semester dan hujung semesta? Namun dekan kata, perkara ini telah di bawa ke peringkat kementerian pengajian tinggi untuk di bincangkan.

USM sememangnya tidak akan ke ICT untuk visit dan sepatutnya kami sebagai pelajar harus berbuat sesuatu dan sepatutnya kami telah berada di USM. Oh benarkah begitu?

Jadi kami bertanya kepada pihak ICT, tidak bolehkah, sementara anda semua meeting membuat keputusan, kelas kami berjalan seperti biasa. Malangnya hanya certain kelas yang boleh bermula, junior ku ada due tiga subjek tanpa lecturer, dan USM masih tidak datang.

Mungkin tiada cara lain..pindah ke USM adalah jalan terbaek, namun berat gila hati ini, jadi kami sepakat memberi ICT masa seminggu untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi, dalam kami memberi masa, tiba-tiba kami mendapat berita pihak atasan (kementerian dan USM mungkin) telah mengarahkan kami berpindah ke USM.

Proses untuk pindah juga makan masa seminggu jika aku tak sila. Hendak pindah juga bukan mudah. Kami tidak boleh pindah selagi USM tidak menyediakan asrama. Kami juga terpaksa menempah lori untuk memindahkan barang-barang kami. Sementara itu kuliah masih berjalan di USM. Kami pergi ke kuliah mana yang mampu, kerana jarak antara USM dan balikpulau adalah dalam 20 minit mungkin. bukan semua pelajar ada kenderaan untuk ke kuliah.Ada yang sewa van, ada yang minta van ICT tolong bawa, sepertiku, tumpang kereta housemate ku ke kuliah.TIdak tahu lah apa saja yang masuk kedalam kepala, tengah sibuk nak pindah, nak fikir belajar, kuliah pula sudah jauh kedepan dan banyak yang kami tetinggal. Ada pula kuliah malam. Ahhh ini betul-betul ujian bagi kami.

Sehari selepas berpindah secara rasmi an mendaftar di USM, bulan Ramadhan pula tiba. Tanpa kami sedar, sudah masuk bulan ramadhan tatkala itu.

Ramadhan kali itu amat lah menguji keimanan dan kesabaran kami. Almaklum, badan sudah penat dengan pindah-pindah dan punggah barng, duit sudah banyak habis, fikiran sudah penat memikirakan masalah dan catch up belajar, Emosi pula asyik diuji dengan pelbagai fitnah ng dilemparkan kepada kami.

Ada yang mengatakan kami rasuah untuk masuk ke USM.

Ada juga yang mengatakan kami lansung tidak layak untuk masuk jurusan farmasi.

Ada juga yang mengatakan tidak adil dan kedatangan kami ini mengganggu dan membebankan.

Ada juga perlian sini yang dilemparkan ..

aku masih ingat sampai sekarang kata-kata ini,

“In USM we are not paid a lot to teach, so the student need to find other way to get things not like in ICT”

tidak ingat sangat exactly kata-kata itu, tapi maksudnya seperti itulah,

kononnya di ICT kami bayar banyak jadi kami tak berusaha. (WTH)

hahahha..marah sunggu aku dengan kata-kata itu.

Sabar sahajalah..

kalau pelajar-pelajar USM yang tidak tahu apa sebenarnya terjadi itu aku paham lah, kenapa mereka rasa tidak selesa.Al maklumlah, mereka ni top scorer di matrik, pastinya mereka rasa tidak adil, mereka susah payah nak masuk farmasi USM, tiba-tiba ada budak kolej swasta masuk ke tempat mereka. Aku faham ramai yang tidak tahu situasi kami yang sebenar. Malah ada juga tidak tahu bahawa kami franchise USM di ICT. padahal mereka tidak tahu, lab manual,silibus, kertas exam, semua USM yang punya dan apa-apa segalanya dipantau USM. USM yang tidak memaklumkan kepada mereka mengenai situasi ini.

tidak mengapalah, biasalah baru-baru lagi.. cuma ayat yang atas tadi tu, memang jatuh semangat juga lah.. mahu tidaknya, kata-kata itu keluar dari orang yang kami rasa seharusnya paham situasi kami.

haih.. the scar is still there walaupun dah sembuh ye wahai orang yang melemparkan ayat itu pada kami..kamu bernasih baik ramai juga budak ICT yang tak dengar dan sedar sangat apa kamu sampaikan itu. Tetapi ada yang dengar dan lupakan, tapi aku.. aku tak mungkin lupa.. akan aku buktikan pada kau nanti betapa kau salah… banyak lagi sebenarnya, tapi biarlah ia menjadi rahsia hati.

Kini sudah hampir 3 bulan kami berada di USM, semesta yang memenatkan itu pun sudah tamat.Cuti pun sudah hampir ke penghujungnya. Kini semesta baru akan bermula, tapi ada isu yang masih belum selesai seperti yuran. Masih ada prejudis namun tidak sebanyak awal-awal. Ada yang sudah menerima ada yang masih belum boleh menerima kedatangan kami di USM.

apapun, aku harap, hari esok lebih baik dari hari ini..Aku harap segala yang terjadi pasti ada hikmah nya..

Semesta baru yang bakal menjelma 27 december ini, aku harap isu yang masih belum selesai akan selesai dan kam boleh mula menumpukan balik kepada apa yang kami harus tumpu dan tdak lagi perlu memikirkan masalah yuran atau apa-apa. Tentang pandangan orang ramai itu, tak boleh aku nak ubah , biarlah ia hilang bila tiba masanya..

yang penting, kami akan ignore dan study seperti biasa dan selesaikan apa yang patut.

sekian.

tumblr_lbtwfnL6aq1qbpwzeo1_500

p/s: dulu ingat takmau buat entri..tapi..aku dah tak larat kot nak ngadap dan fikir mende ni ..biarlah aku luah kt sini ;p

 

 

1 comment:

Ilham Liyana said...

betul!! aku sokong. huuu. siapalah kita. HAHA emo nih. btw, ayat hang skema babun. =.="

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...