Saturday, January 14, 2017

KEPERLUAN NUTRISI DAN ‘SUPPLEMENTS’ VS UBAT-UBATAN


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

InshaAllah hari ni El akan kupaskan mengenai topik Keperluan Nutrisi, Supplements & Ubat-ubatan. Sebenarnya sebagai seorang yang mempunyai latar belakang kesihatan atau spesifiknya Ahli Farmasi semestinya saya lebih mahir mengenai ubat, pengetahuan saya tidak mendalam seperti Ahli Nutrisi (Nutritionist) mahupun Ahli Dietetik (Dietition).

Namun kita semua sedia maklum secara umumnya nutrisi yang lengkap adalah penting untuk kesihatan badan secara menyeluruh. Bahkan terdapat satu jurusan khas yang dikenali sebagai ‘Nutritional Immunology’ mengkaji tentang perkaitan antara nutrisi & sistem pertahanan badan. Apabila badan kita kekurangan sesetengah nutrisi, sistem imunisasi badan kita akan menjadi lemah. Oleh yang demikian badan kita memerlukan constant supplies of nutrition.

Seperti kita sedia maklum, semua kehidupan di dunia ini memerlukan nutrisi yang lengkap, tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air serta garam mineral. Manakala haiwan memerlukan makanan & air malahan kita manusia juga memerlukan zat yang mencukupi dan lengkap. Ini merupakan kepentingan nutrisi, kerana nutrisi yang lengkap mengukuhkan sistem imunisasi badan kita dan juga memastikan tubuh kita berfungsi pada tahap yang optima.

Bagaimana untuk kita dapatkan nutrisi untuk keperluan badan kita?

               

Sebenarnya kita boleh memperolehi nutrisi daripada pemakanan seharian kita seperti keperluan karbohidrat, protein, vitamin & mineral. Namun demikian ada terdapat banyak faktor yang menyebabkan kita kekurangan sesetengah nutrisi dalam badan kita ataupun melebihi paras keperluan normal badan kita.

Bolehkah anda ingat bila kali terakhir anda makan makanan yang seimbang dari segi zat dan nutrisi? Atau bolehkan anda dengan yakin mengatakan anda selalu mengelak daripada mengambil makanan yang berminyak, tinggi kolestrol & tinggi alkohol?

Kebanyakan daripada kita hanya mengamalkan pemakanan sihat & seimbang apabila kita jatuh sakit seperti demam atau penyakit lain. Setuju?

Kebanyakan dan majoriti kini semakin ramai yang mengamalkan pemakanan tidak seimbang , tinggi gula, garam & lemak. Saya tidak katakana semua namun majoriti tidak mampu mengawal pemakanan mereka dan saya juga tidak terkecuali. Ini juga sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Pemakanan yang tinggi kandungan gula, lemak & garam kini menjadi the ‘leading factors’ atau punca utama peratusan penyakit kronik meningkat dikalangan orang muda. Jikalau dahulu penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi & jantung dikaitkan dengan sakit tua kini tidak lagi. Ini belum kita masuk mengenai obesity & penyakit kanser yang semakin meningkat peratusannya.

Erti kata mudahnya, keseimbangan nutrisi menyokong penyataan ‘PREVENTION IS BETTER THAN CURE’ atau Mencegah itu lebih baik daripada merawat.


Kenapa kita perlukan pemakanan tambahan atau ‘SUPPLEMENTS’ ?

Jikalau dahulu dengan latar belakang saya sebagai ahli kesihatan atau lebih spesifik sebagai Ahli Farmasi menyebabkan saya buta atau bodoh sombong untuk ambil tahu mengenai keperluan ‘supplements’. Oleh kerana background saya sebagai Pharmacist jugalah saya rasa tiada keperluan supplements ini kerana saya merasakan cukup dengan pemakanan. Malangnya saya masih tidak menjaga keseimbangan pemakanan saya, apatah lagi untuk ambil kisah pemakanan pesakit. Itulah yang saya kata bodoh sombong tadi.

Bila Mama saya sendiri ambil supplements saya merasakan satu pembaziran. Bila pesakit tanya jawapan saya mesti berbunyi begini;

“Tak payah makcik, minum je susu banyak, tak payah bazir duit beli supplements”

“Tak perlu pun supplements ni, propaganda sahaja”

Senang cerita saya tak faham fungsi supplements itu sendiri, sehinggakan saya menolak mentah-mentah supplements tanpa usul periksa atau mengkaji mengenainya.

Sehinggalah pada suatu masa saya mengkaji mengenai penyakit Alzheimer yang menemukan saya kepada kepentingan Vitamin E, Omega-3 & Resveratrol. Namun ketika itu saya masih percaya hanya dengan makan buah anggur saya boleh dapat kesan anti-alzheimer itu.

Alhamdulillah ketika terlibat secara tidak lansung dan melihat sendiri Kajian Klinikal Vitamin E  (Ekstrak Kelapa Sawit) untuk Stroke & Diabetes oleh prof saya , saya mula percaya tentang kepentingan supplements. Di situ minat saya terhadap supplements lebih kepada Vitamin E. Itu jugalah supplements pertama saya ambil untuk mengelakkan early onset of Alzheimer kerana saya punyai strong family background of Alzheimer.

Bermula dari situ saya mula nampak kepentingan & keperluan supplements.

Badan kita perlukan supplements untuk melengkapkan nutrisi seharian kita. Seberapa yakinkah kita bahawa nutrisi kita cukup lengkap untuk tubuh kita berfungsi secara optima dalam mencegah penyakit?  Pasti kita ragu-ragu bukan dan antara faktor kita kekurangan nutrisi penting dalam badan kita adalah kerana;

  1. ü  Pemakanan tidak seimbang.
  2. ü  Cara masakan kita yang membunuh zat yang tergandung dalam pemakanan kita.
  3. ü  Pencemaran terhadapan bahan makanan yang kita makan.
  4. ü  Penyakit yang menyebabkan nutrisi sukar di serap kedalam badan.
  5. ü  Penyalahgunaan dadah.
  6. ü  Pengambilan kafein berlebihan.
  7. ü  Pemilihan makanan tertentu sahaja.

Di sinilah fungsi Supplements yang paling utama iaitu melengkapkan kelompongan nutrisi dalam pemakanan seharian kita diperlukan.



Apakah Supplements dan apa bezanya dengan ubat-ubatan?

 
Persoalan ini sebenarnya bukanlah asing bagi saya. Ia bukanlah pertanyaan yang ‘rare’ dan saya sering ditanya mengenai perkara ini baik daripada keluarga, kawan-kawan, pesakit & pelanggan. Ramai tidak faham atau keliru perbezaan antara supplements dan ubat-ubatan. Malah ada yang tidak faham lansung apa sebenarnya itu supplements dan bagaimana ianya tidak sama sekali bertindak seperti ubat-ubatan.

Supplements terdiri daripada nutrisi keperluan badan antaranya; protein, vitamins & garam mineral. Ia bertujuan melengkapkan keperluan nutrisi kita seharian yang kita tidak dapat cukup hanya dengan pemakanan. Ianya tidak hanya di ambil semasa sakit sebaliknya lebih baik di amalkan sebelum kita di serang penyakit sebagai contoh;

Pengambilan kalsium oleh wanita untuk mencegah Osteoporosis (Tulang Rapuh)

Supplements tidak bertujuan untuk merawat, tetapi lebih kepada menyokong keperluan nutrisi sekaligus membantu badan kita berfungsi secara optima mencegah penyakit.

Ibarat tumbuhan yang memerlukan cahaya matahari & air secukupnya untuk tumbuh subur & mekar.

“Bagaimana pula dengan ubat-ubatan?”

Ubat-ubatan adalah bahan yang digunakan untuk tujuan rawatan. Ianya tiada keperluan sekiranya tidak bertujuan untuk merawat apa-apa penyakit. Penyalahgunaan ubat-ubatan boleh membawa maut namun sekiranya digunakan ikut keperluan ianya mampu merawat penyakit. Ubat-ubatan adalah penting dan tidak boleh sewenang-wenangnya diambil atau diberhentikan tanpa nasihat Doktor atau ahli kesihatan lain.

Kedua-duanya ini juga dikawal secara berbeza, dimana tidak seperti ubat, supplements secara umumnya adalah selamat sehingga dibuktikan tidak selamat. Manakala ubat-ubatan perlu dibuktikan selamat untuk digunakan oleh pesakit sebelum dikeluarkan di pasaran.

Antara persoalan yang saya sering dapat adalah;

“Adakah saya boleh berhenti mengambil ubat-ubatan hospital jikalau saya sudah mengambil supplements?’

“Adakah supplements selamat?”


Pertama sekali perlu diingatkan supplements tidak sama sekali merawat penyakit sebaliknya ia bantu lengkapkan nutrisi untuk bantu mencegah penyakit & memastikan badan berfungsi secara optima dalam melawan penyakit.

Sebagai contoh jika anda terkena jangkitan kuman, supplements tidak dapat membunuh kuman sebaliknya anda memerlukan antibiotic untuk melawan kuman-kuman tersebut.  Vitamin C tidak sama sekali membunuh kuman sebaliknya ia hanya membantu melengkapkan nutrisi untuk kekuatan imun sistem badan kita.

Oleh yang demikian supplements tidak boleh sama sekali menggantikan fungsi ubat untuk tujuan rawatan. Ubat-ubatan mempunyai kajian yang lebih ektensif dan jitu dalam melawan penyakit tetapi tidak supplements dan digunakan dalam rawatan.


Supplements juga secara umumnya adalah selamat melainkan tidak bersesuaian untuk diambil atau mempunyai kontraidikasi;

Sebagai contoh Pesakit Thalassemia tidak sesuai untuk mengambil supplements yang mempunyai ‘iron’ kerana risiko pengumpulan ‘iron’ dalam darah dan menambah buruk kepada penyakit thalassemia.

Supplements dan ubat-ubatan yang mempunyai KKM adalah selamat sehingga dibuktikan tidak selamat. Penting untuk anda memastikan supplements atau ubat-ubatan anda ambil itu berdaftar dengan KKM. Namun anda perlu juga tahu kategori supplement yang perlu berdaftar dengan KKM ataupun hanya terlibat dengan AKTA PEMAKANAN.

Oleh itu jadilah pengguna yang bijak dan cakna akan kesihatan tubuh badan anda!

ELYANA YAZMIN
Whatsapp : 0193378706
(Pharmacist by Profession)
Senior Supervisor & 
Founder of Magnificent Empire
Your Most Wanted
Shaklee Independent Distributor

Disclaimer:

Sebagai makluman kepada para pembaca dan pelanggan yang dihargai, Segala testimoni /penulisan tentang produk Shaklee yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Segala yang tercatat di blog ini adalah pandangan peribadi & ilmu saya sebagai Pharmacist dan tidak boleh di ambil sebagai rujukan. Ia juga tidak melambangkan pandangan keseluruhan profession saya.

Supplements merupakan alternatif kepada anda untuk menjalani hidup dengan khasiat lengkap hasil dari kajian mendalam. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...