DREAM COME TRUE

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Lama rasanya tak update blog kesayangan nih, selalu on off. Malam malam ni tiba tiba mood menulis mai. So alang alang mood menulis dah datang, El nak share mengenai status terkini El di alam realiti.

Alhamdulillah pejam celik dah almost 7 years kot blog ni wujud (correct me if I'm wrong), dari zaman geli geli remaja now El dah pun berkahwin & dikurniakan 2 cahaya mata. 

Zaman blog ni mula mula diwujudkan masa tu El sedang dalam fasa belajar jurusan Farmasi dan Alhamdulillah dah 5 tahun bergelar Pharmacist. 4 tahun lebih berkhidmat di sektor kerajaan iaitu setahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru & 3 tahun lebih di Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.

Recap kehidupan El selepas Graduate;

El bekerja part time sebagai Research Asssistant di USM sebelum dipanggil untuk lapor diri Housemanship (PRP) di HSAJB sekitar Dec 2012.

Setelah houseman setahun akhirnya El di arahkan untuk sambung perkhidmatan di Pejabat Kesihatan Daerah Segamat pada hujung tahun 2013.

Tetibe teman tapi mesra ajak kahwin, kelam kabut El kumpul duit sebab eh ingat nak kahwin lambat lagi, jadi ku joli beria ahahhaha.




Alhamdulillah long story cut short, kami selamat diijabkabulkan pads 15 November 2014, Alhamdulillah November 2017 baru ni genap usia perkahwinan kami 3 tahun.

Dalam 3 tahun tu dah banyak yang terjadi antaranya;

Feb 2015 - 
Dapat tahu hamil anak sulung 2 minggu ke berapa entah. Waktu ni masih PJJ and husband tak dapat pindah ke Johor. Aturan Allah somehow El terlibat dengan accident yang teruk semasa hamilkan Naim which in turn bagi reason kukuh untuk pihak KKM approve pertukaran husband ke Johor pada Ogos 2015.

October 2015-



Putera sulung kami yang diberi nama Muhammad Rayyan Naim bin Muhammad Fahmi selamat dilahirkan pada 8hb secara emergency czer. Satu pengalaman yang tak mungkin El lupakan sampai bila bila. Selepas 2 tahun masih segar terpahat dalam ingatan detik detik kelahiran Muhammad Rayyan Naim bin Muhammad Fahmi.

Jun hingga July 2016-



El syak El dah mula hamil anak kedua, suatu berita mengejutkan buat kami kerana jauh tersimpang perancangan kami. Apatah lagi jarak kehamilan yang rapat selepas bersalinkan Muhammad Rayyan Naim secara Czer. Namun kuasa Allah, bila 12 Julai buat pemeriksaan dan tengok degupan jantung janin di dalam perut sendiri, luar biasa apa yang El rasa. Dari perasaan takut, sedih, tak bersedia automatik JATUH SAYANG yang amat sangat kepada bayi yang dikandungkan. Lupa segala kerisauan dan ketakutan.

Alhamdulillah it was a smooth Pregnancy journey compared to the first one.

Feb 2017-



Puteri sulung merangkap anak kedua kami selamat dilahirkan juga secara emergency czer. Pengalaman pertama banyak membuatkan pengalaman kedua ini lebih indah. Banyak jugak yang terjadi tapi Alhamdulillah in the end semuanya baik baik aja.

Banyak yang berubah dari zaman student sehingga kini dah jadi mak kepada anak dua.
Terlalu banyak perkara terjadi yang mendewasakan diri ini.

Bila jadi ibu ni segala apa yang kita lakukan adalah demi anak kita.

Antara keputusan terbesar El buat dalam hidup adalah bilamana pada ;

Januari 2016, El buat keputusan untuk fokus kepada satu part time business untuk memastikan El sentiasa ada duit untuk belanje demi anak sulung. Almaklumlah anak sulung, excited dan segala mende nak beli yang terbaik and branded kononnya.

Bila dah jadi mak mak ni baru faham why dulu bila houseman selalu tengok ada senior pharmacist yang ada anak selalu cuti. Dulu tak pertikaikan pon sebab faham tapi not as faham as bila rasa sendiri. Masa ni jiwa dan hati rasa ya allah kenapa perlu aku rasa bersalah antara anak & kerjaya.

I need to do something, i said to myself.
Mana cita cita nak resign and sambung belajar?
Mana cita cita taknak stay government?
Apa dah jadi?

I was clueless at first till i look into my son's eyes dan from there El mula kembali berimpian.



From the business secara part-time somehow El nampak ada sinar harapan untuk El resign dari kerja hakiki.

Masa ni (2 years ago) apa yang El visualize for my future is that,

El mampu resign from kerja hakiki as government hospital and jadi work from home mom/work from self owned pharmacy mom.
El impikan kebebasan masa, tak perlu berebut cuti.
El impikan untuk tidak rasa bersalah setiap kali anak sakit tapi nak kena mintak cuti.
El impikan untuk tidak rasa bersalah kepada anak sebab terpaksa bawak diorang ke farmasi yang bukannya farmasi sendiri yang boleh sediakan selesa accomodationnya.

Allahuakbar! itu belum fikir savings.

Sejak pada itu El fokus dengan business part time El.
How i give my 100% to my work as pharmacist macam tu jugaklah El treat my business.

Alhamdulillah after 2 years of struggling now El dah resign from government sector & sedang usahakan proses pembukaan kedai farmasi kami.




InsyaAllah it will be ready soon.

Jujur , tulus ikhlas dari hati..

I won't be here today tanpa izin Allah, obviously.
I might not be here today berani resign from kerja makan gaji kalau tidal kerana business part time yang El buat.

El tak sangka business yang El buat secara part time mampu buat El capai impian El.

Terima Kasih Shaklee.
Sungguh cantik dan kena masa Allah aturkan segalanya.

InsyaAllah akan terus setia bersamamu.

To be continued...

Comments

Popular Posts